Saturday, June 25, 2011

kinilaw@salat ikan mentah

Kinilaw ni masakan mskt filipino sama seperti masakan sarawak yg dipanggil umai. Menggunakan ikan mentah tapi akan 'masak' setelah diperap dengan cuka dan jus limau kasturi..jgn risau. Klu bayangkan..mmg x lalu nak makan kot tp setelah mencuba ..mesti nk lagi. Anak ku yg sulung dan bongsu sangat2 suka..Selalunya kita guna ikan tuna, kt sini x de masalah nk dapatkan ikan tuna ni..saiz ikan ni sebesar org. Biasanya penjual dah 'slice' kan so balik umah kita cuma potong je kecil2.

Bahan
1/2 kilo isi ikan tuna - kiub tp agak nipis
1/2 cawan santan pekat @ susu segar
1/2 cawan jus limau kasturi
1 1/2 cawan cuka
1 labu bawang besar - hiris
halia sebesar ibu jari - hiris halus
2 biji lada hijau
2@3 biji cili api
1/2 biji timun - belah 2 dan hiris
garam secukup rasa

Cara

Perap kiub ikan td dengan cuka lbh kurang 2-4 jam. Setelah itu basuh ikan dan toskan.
Campurkan dgn semua bhn lain, sesuaikan rasa..hidang selepas 1 jam diperap.
Rasanya..masam2 manis (dr santan) dan ikan tu lembut je..

Kali ni guna santan dan perapdlm peti sejuk..tu yg nampak santan mcm  'beku'

No comments:

Post a Comment