Thursday, June 30, 2011

Roti labu



Assalamualaikum. Semalam tertengok rancangan masak2 Chef Wan, dia ajar buat roti labu..masa tu tgh bakar roti kentang, bagaikan org ngantuk disorong bantal yalah..nk tau betul x skill yg kita guna slama ni. Kat dapur pulak mmg ada labu. Klu nk tau kt Manila ni mmg byk sgt labu, melambak2, murah plak tu. So pg ni kul 5 pg start projek ..guna resepi yg sama utk buat roti kentang cuma berbeza sikit dr segi kuantiti labu..Benarnya nk dapatkan kuantiti labu lecek yg tepat ikur resepi mmg susah so kita adjust jumlah tepung je lah..Roti ni warnanya kemerahan tau..

Bahan

300 gram labu lecek
3/4 sudu teh garam
4 sudu besar gula
2 sudu besar susu tepung (bantai je susu anak)
1/2 sudu teh bread improver
1/2 sudu teh softener
2 sudu besar butter/shortening
1/2 biji telur
300 gram tepung high protin
2 sudu teh yis
20 ml air

Cara

Masukkan semua bhn dlm bread maker kecuali air..masa dlm proses uli tu..jengah2..klu perlu je masukkan air..klu dah elok..x yah bubuh air.(doh yg elok..x lekat di dinding Bm kita) Uli lbh kurang 15 minit. rehatkan doh hingga saiznya naik 2 kali ganda.

Bila dah naik..tumbuk doh..buang semua angin yg ada..uli jap n bentuk2 kan kpd saiz yg lbh kecil..aku buh inti butter kt dlm doh..saiz besar ujung jari kelingking je..

Biarkan saiz naik 2 kali ganda lbh kurang 20 minit, sapu telur yg berbaki td..bakar 14 minit dgn api 195 darjah..kuar oven je..sapu butter atas permukaan roti..roti akan berkilat..


yg ni tabur gula

tabur cheese





No comments:

Post a Comment