Monday, May 28, 2012



Kek Lapis Kukus Choco Horlick.




Sebelum itu, terima kasih kepada yatie sinar kehidupanku. Yatie pulak dapat resepi dari hasue. Kwn2 leh lah rujuk 2 blog yg saya bagi tu . Saya mintak izin buh resepi tu di sini pulak ya..sebagai rujukkan sendiri sbb kek lapis ni sedap kata kawan2..bagi saya bukan tak sedap tapi masa xtvt ni berlangsung saya sedang selsema..x dapat rasa apa2..hilang deria rasa n bau..Tapi anak2  pun suka makan..moist sgt kek ni..Ada jugak kawan sekolah yang mintak resepi, tak sabo nk cuba katanya...tandanya..memenag sedaplah kan...Kuantiti pun sedang2 je..x byk n x sikit sgt..sedang elok utk cubaan kali pertama.

Bahan:

250 g mentega tulin..aku guna 1 buku butter je.
1/2 cawan gula halus
5 biji telur gred A
1/2 tin susu pekat manis..aku guna 1/2 cawan je
70 g horlick ..aku guna 1/2 cawan je
30 g serbuk koko..aku guna 3 sb je
1 st esen
1/2 cawan tepung gandum
sedikit pewarna kuning 

cara-cara

Panaskan kukusan, lapik loyang dgn kertas minyak, gris dgn sedikit butter/minyak
Pukul butter dgn gula hingga berkrim
Masukkan telur 1 per 1, pukul , tambah esen, susu pekat, pukul sebati.
Tambah tepung sikit2, guna spatula.
Bahagi 2 adunan, 1 bhg tambahkn horlicks dan sedikit pewarna kuning n 1 bhg lg tambahkn koko..kacau sebati.
Jika air kukus dah didih, bolehlah melayer 1 lapis ke 1 lapis.
Setiap lapis, ambil masa 6 minit utk permukaannya kering, pas tu bolehlah letakkan lapisan kedua..dan seterusnya Utk lapisan terakhir tunggu 30 minit. Saya tutp dgn aluminim  foil utk elak timpa wap.









4 comments:

  1. Salam..:))
    wahh kek lapis choco horlicks ni sha memang teringin betul nak mencubanya.. asyik terlupa aje nak beli horlick sebab kat rumah ni tak ada siapa yang minum horlick...:))

    cantik dan nampak sedap naa...:))

    ReplyDelete
  2. wsalam Shahriah,cubalah buat, x amik masa yg lama sgt utk buatnya. Saya mula buat pun dah kul 5 ptg, sblm magrib dah siap..

    ReplyDelete
  3. Salam Mawarmerah.kek lapis choc ni mmg dah lama berkenan tp stok horlick tak da ...kena tunggu dr Msia..

    ReplyDelete
  4. Assallamualaikum kak Roseidah..

    sihat ke kak? Selamat meneruskan ibadat puasa ye kak. Rajin akak buat kek lapis kukus puasa2 cam ni.. Dah datanglah tu mood masak2 dan update blog..hehehee

    ReplyDelete