Monday, February 25, 2013



Dan Selamat Sejahtera.
Latihan untuk pelajar tingkatan 4 Beta.


           HIKAYAT INDERA NATA- Soalan Pemahaman


Baca petikan prosa tradisional di bawah dan jawab soalan-soalan berikutnya dengan menggunakan ayat-ayat anda sendiri.

Hatta maka tuan puteri sekalian itu pun menangislah bercintakan dirinya dan Indera Nata itu pun sampailah ke tepi laut serta mencita gemala hikmat yang daripada Betara Gangga itu.
Maka Betara Gangga pun terpandanglah kepada Indera Nata. Maka Betara Gangga pun menyuruh lembur dan naga akan menyeberangkan Indera Nata Seraya katanya, “Hai lembur dan naga, segeralah olehmu pergi mendapatkan cucuku Indera Nata itu kerana ia diusir oleh raksasa dua laki isteri dan bunuh olehmu raksasa itu!”
Maka lembur dan naga itu datanglah bersegera kepadanya bermohon kepada Betara Gangga seraya mendapatkan Indera Nata. Maka dilihat oleh Indera Nata lembur dan naga itu maka katanya, “Hai lembur dan naga, sahaja engkau datang menolong kepada aku, seberangkanlah aku ini sekalian!”
Maka sembur lembur dan naga itu katanya, “Ya Tuanku Indera Nata, segeralah tarik tali gajah itu naiklah duduk di belakang kedua ini serta dengan gajah itu sekalian!”
i. Berikan maksud rangkai kata bercintakan dirinya.
( 2 markah )

ii. Apakah peristiwa yang berlaku apabila Indera Nata sampai ke tepi laut ? ( 3 markah )

iii. Sekiranya Indera Nata berada pada zaman ini, apakah kelebihan-kelebihan yang mesti dimilikinya jika ingin berjaya?
( 3 markah )



Selamat Menjawab..
___________________________________________________________________






1 comment:

Powered By Blogger