Monday, February 18, 2013

Jus Terapi
 buh peti jap...sejuk...sedap
ni lah beetroot ...ubi merah
Penah minum x air ni? Kwn aku, cgu bio  kata jus ni sgt berkhasiat. Beliau beri nama jus terapi. Aku pun cari info..takat ni dr info yg aku dpt, jus ni mmg berkhasiat..Boleh buat muka merah, x yah sapu blusher sbb fungsinya sebagai penambah darah atau dapat menambah sel darah merah dm badan.
Untuk buat jus ni aku blend beberapa potongan beetroot ni bersama 2 pelepah pjg saleri, 2 biji epal hijau dan 2 batang karot saiz sedang yg kurus tu..aku gandakan bhn sebab buat 2 gelas utk aku n suami.
Beetroot ni aku beli kt pasar jumaat sekilo rm 7 hinggit je.

Dr info yg aku baca..selepas minum jus ni  sesetengah orang akan pening kepala .
Yg pentng sekali, beetroot ini juga dpt mencegah cancer.

Bacalah info ni aku amik kt ..sini

Klu ada info lain bolehlah kita kongsi2 ya. Aku pun masih mencari2 info lg ttg jus ni.
Antara khasiat Beetroot yang diketahui umum: 
  
mengandungi anthocyanadins sebagai sumber antioksidant semula jadi,sumber ini  yang menyumbangkan unsur warna merah hati gelap didalam beetroot;  



sumber asas vitamin dan mineral;

sebagai makanan yang digunakan sebagai makanan yang menggalakan penambahan darah didalam badan untuk orang yang anemi;
membantu proses perkumuhan didalam badan;
terutama hati dan organ organ dalaman badan (termasuk buah pinggang, pundi kencing); 
Beetroot may aid the natural process of elimination and support detoxification processes 


kaya dengan vitamin C, kalsium, fosforus dan iron yang sesuai untuk pesakit arthritis yang tidak dapat mengambil vitamin C berasas dari buah tomato,oren etc  kerana kandungan asid yang tinggi didalam vitamin C membuatkan tempat yang sakit atau inflame  semakin teruk;

mengandungi unsur iron yang penting untuk tubuh badan serta unsur iron didalam beetroot ini dari tumbuhan secara semulajadi dan tidak mempunyai kesan sampingan;

 Beetroot amat berguna didalam *acidosis kerana ianya kaya dengan sumber alkali;

sesuai untuk orang vegetarian; 

dan elok untuk merawat hypertension..darah tinggi.

No comments:

Post a Comment

Powered By Blogger