Monday, June 6, 2011

Apam

Resepi ni pun mudah dan insyaAllah pasti menjadi. Rasa apam ni tidaklah selembut apam tepung beras yg merekah tu sbb apam ni hanya guna 50% tepung beras dan tidak menggunakan nasi yg diperam dgn ragi. Klu setakat teringin nk makan apam..bolehlah cuba resepi ni..kita tgk bhn2..ya

Bahan.

1 cawan nasi
1 1/2 cawan air
1 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula pasir
1/2 sudu teh yis
pewarna ( jika suka)

Cara

Kisar nasi dgn air terlebih dahulu kemudian satukan semua bahan termasuk nasi yg dikisar tadi  kecuali pewarna. Kacau hingga sebati, jika sudah sebati bolehlah warnakan..kalau nk belang2 bubuh 2 warna..kalau nk plain pun sedap jugak..tiada masalah..cuma cantik sikit kalau ada warna. Perap adunan 3@4 jam. Jika adunan sudah naik bolehlah dikukus 30 minit

Apam kt bawah ni guna 2 warna..dan saya guna acuan kecil kali ni..Hidang dengan kelapa yg digaul dgn sedikit garam. Kalau kelapa anda disimpan dlm peti ais.. boleh juga guna tapi kukus dulu lbh kurang 5 mnit.




kombinasi warna hijau pandan dan kuning.

No comments:

Post a Comment

Powered By Blogger