baru keluar dari oven..SIAP. |
Antara menu kegemaran anak2ku..Saya guna cara yang simple tetapi hasilnya tidak kurang hebat..yang penting mereka gembira menikmati hidangan yaang mengenyangkan.
Bahan
4@5 keping lasagna (x perlu rebus).
keju yang diparut
campuran 3 biji telur dengan parutan keju
Untuk kuah saya guna 1 mangkuk kecil daging kisar yang dimasak dgn ready made sos ( ada banyak jenis di pasaran...pilih saja yg mana suka). Saya tambah bawang dadu semasa menumis, sedikit rose mary, serbuk lada hitam, serbuk origano, garam dan gula secukup rasa. Jika suka boleh tambah carot yg didadu dan lada benggala. Kita perlukan kuah yang agak banyak untuk melemutkan keping lasagna.
Cara
Letakan 1 keping lasagna dlm loyang, tuangkan kuah sos yg kita masak td, kemudian tuang sedikit campuran telur dgn parutan keju. Ulang proses yang sama..hingga habis kepingan lasagna yg kita guna. Harus diingat kepingan lasagna mesti tenggelam dlm kuah sos.( suka hati nk guna berapa lapis). Bakar dlm oven 180 drjh lbh kurang 40 minit..Tabur keju yg diparut atas permukaan lasagna dan bakar smla lbh kurang 5 mnit utk mencairkan keju..tunggu sejuk baru potong dan makan yee..
Sebelum ditaburkan cheese (terbalik.. haha) |
Dpt ilmu baru dan saja mencuba utk kepelbagaian rasa. Kali ni guna sos putih (bechamel) yg diajar oleh chef jommakan. Anak2 suka..lbh sedap katanya.
Bahan
100 g butter
100 g tepung gandum
garam
1 liter susu
Cara
cairkan butter, campurkan tepung, kacau sebati hingga jd adunan, tambah susu cair ,mix terus hingga adunan x bergentel n pekat. Perasakan dgn garam.
Cara melapis..buh sos putih ni dulu dlm loyang, diikuti lasagne, inti, lasagne, sos putih, inti, lasagne, sos putih n akhir sekali taburan cheese.
No comments:
Post a Comment