Saturday, December 21, 2013

Periuk Pelbagai Guna

Periuk Noxxa


Periuk Noxxa pelbagai guna.
Akhirnya tergoda juga dengan periuk ni. Tapi tak menyesal beli sebab memang berbaloi.
Bukan setakat memudahkan keja di dapur tetapi amat menjimatkan masa. Fungsinya juga pelbagai. Boleh merebus, menumis, mengukus, buat popcorn, masak dodol dan macam2 lagi..buat kek pun boleh.
1.Untuk masak nasi tak kira nasi goreng nasi putih, lemak, mimyak, tomato,serai, arab dan segala jenis nasilah..hanya mengambil masa 7 minit tanpa mengira kuantiti. Nisbahnya...1 cup beras = 1 setgh cup air + setengh cup air lg.
Hanya tumis bahan ( guna stir fry) off setelah naik minyak, tambah air ikut sukatan, masukkan beras, tutp peutup periuk dan on high pressure selama 7 minit.  Siap.
2. Bihun goreng.
1 bungkus bihun elok guna brand jasmin. Basuh sahaja tak perlu rendam.
Sukatan air..1 bungkus bihun=3 cup air.
Tumis rencah,.(stir fry) masukkan ayam dsb..masukkan air, bahan perasa..off  tutup periuk dan on steam 2 minit. Siap..Buka tudung masukkan sayur sawi n taugeh. tutup periuk kejap..siap..
3. Untuk sukatan pulut pula..2 cup pulut = 1 1/2 cup air + 1/2 cup santan pekat.
basuh pulut dan tos. masukkan air pas tu masukkan pulut tutup periuk tekan highpress 7 minit..lps buang wap..masukkan santan.gaul sebati dan tutup smla periuk.

No comments:

Post a Comment