Thursday, October 24, 2013

Cream Puff

Cream Puff

ASSALAMUALAIKUM.


Bahan :
125 grm butter
1 cawan air (250ml) *boleh diganti dengan susu segar jika mahu.
150 grm tepung gandum  *diayak bersama
1 sudu kecil baking powder 
1 sudu besar gula kastor -secubit garam 4 biji telur
1 sdk esen vanila
Cara :
Satukan air dan butter dalam periuk, panaskan sehingga mendidihMasukkan bahan2 kering yang di ayak.Kacau cepat2 sehingga adunan tepung tak melekat didasar & sekeliling periuk.Tutup api  dan masukkan ke dalam mixer.Putar adunan tepung tadi dengan kelajuan sederhana, sehingga adunan menjadi suam.Masukkan telur satu persatu, pecahkan telur, kocok2 dengan garfu kemudian masukkan ke dalam mixer, dah sebati baru pecahkan sebiji lagi telur dan teruskan sehinggan 4 biji telur.Masukkan juga esen vanila.Pukul adunan dari speed medium kepada high speed, sehingga daunan kelihatan berkilat dan pekat. Alas loyang dengan butter @ paper @ alum.foil, paipkan atau sudukan adunan puff tadi mengikut saiz dan bentuk yang anda ingikan.Buat sehingga habis, spray @ sapu atau renjis2kan puff dengan air supaya puff naik dengan cantik. Bakar didalam oven dengan suhu 200'C selama 20 - 25 minit api atas bawah (bergantung kpd jenis oven anda dan juga saiz puff) (makin kecil puff makin pendek masa membakar)"On" kipas oven jika ada.Puff yang menjadi akan ringan dan berongga didalam, ketepikan untuk diisi dengan inti pilihan.

Resepi Filling Kastard
Sumber : Kak Ida & Tun Telani

Bahan2:
( Mas buat 2 1/2 adunan filling kastard tuk 1 adunan cream puff tu ) 

2 camca besar tepung kastard 
2 camca besar gula kastor
1 1/3 cawan susu segar 
30 gram mentega (kurang lebih 2 camca teh)
2 camca teh esen vanilla

Cara2:
Satukan semua bahan untuk kastard kecuali mentega dan esen vanilla. 
Kacau rata dengan whisk dan masak dengan api perlahan sambil terus dikacau hingga pekat. 
Padam api, tambah mentega dan esen vanilla, kacau rata dan biar sejuk. Ketepikan. 
*Kami suka resepi ni kalau untuk makan-makan kat rumah, lembut dan manis sedang2 aje.

Cara menyediakan Cream Puff
Gunting atau potong sedikit jangan putus puff tu.
paipkan inti kastard yang dah sejuk kedalam rongga puff
Tabur snow powder diatasnya.
Jemput makaaannn.. 


    Tips :
    Sapu alas loyang dengan marjerin @ butter supaya senang tanggalkan cream puff setelah masak nanti.....
    Masak cream puff hingga nampak coklat2 @ garing , baru cream puff tu tak turun bila sejuk....
    Sila buat filling kastard awal dan sejukkkan dulu dalam fridge supaya senang paipkan nnti ke dalam cream puff tu...filling tu tak de meleleh2 sangat ...
    Telur juga penting yerk....pengalaman Mas, telur gread A menghasilkan cream puff yang cantik...
    Letakkan dulang pada rak tengah supaya cream puff masak sama rata... 
    Sila spray @ sapu atau renjis2kan puff dengan air supaya puff naik dengan cantik.
    Untuk hiasan, Mas tabur snow powder atas cream puff tu....rasanya kurang manis berbanding gula halus dan teksturnya kekal tak cair seperti gula aising....boleh didapati dikedai2 bakery....

    No comments:

    Post a Comment

    Powered By Blogger