Sunday, July 10, 2011

Nasi Ayam

Assalamualaikum ..Apa je yg aku masak asalkan ayam..anak2ku suka,  mereka x suka makan ikan sgt. Kadang aku paksa jugak makan, itu pun kena suap, buang kulit , barulah nk makan wpun dah besar panjang..Kalau masak nasi ayam..cepat je turun dapur..menyiasat ..masak apa..dah siap lom..anak..anak..

Bahan

1 ekor ayam, potong 4, bersihkan dan rebus dgn sedikit halia dan 2 ulas bawang putih
Basuh beras dan toskan

Bahan kisar

bawang merah, bawang putih, halia (saiz ibu jari)
daun pandan

Cara

Panaskan minyak dan sedikit butter, tumis bahan kisar dan daun pandan hingga naik minyak, masukkan beras, kacau2 lbh kurang 2 minit masukkan air rebusan ayam td..bubuh garam..(aku guna periuk letrik, tumis atas dapur biasa dulu pas masukkan air alih guna letrik cam biasa.) ..sukatan air tu ikut jenis beras masing2.

Ayam yg dah direbus td perap dgn kicap pekat, kicap manis, sos tiram, minyak bijan, madu (klu suka)..pas tu goreng ..x perlu lama sbb ayam dah masak.

Lebihan kicap perap ayam td aku tmbah air rebusan ayam sikit n masak kejap utk jd sos kicapnya..tambah kicap2 klu perlu.

sos pedas nya plak.boleh je guna cili kering @cili merah yg di blend dgn halia dan bawang putih..x perlu tumis..masak je sampai pekat. Kat manila ni x de cili merah tau so aku guna cili kering. Tambah perahan limau, garam, gula n perasa.




No comments:

Post a Comment