Thursday, September 15, 2011

Shepherd's Pie

Assalamualaikum
Saja je mencuba resepi ni drpd buku yg aku beli kt kedai buku ari tu. Semua bahan ada kt dapur dan cara buatnya pun taklah susah sangat..rasanya pulak memang sedap. Kita boleh juga ubah suai mengikut bahan yg ada kt dapur masing2 dan mengikut selera masing2.

Bahan (dasar/inti)

sedikit minyak utk menumis
1 labu bawang- dadu
1 batang karot - dadu
2 batang celery - dadu
300 g daging kisar
2 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar tomato paste
garam secukup rasa

bahan (top)

5 biji kentang - rebus n lecek ( aku guna yg ready made je)
1/4 cup susu segar
1 sudu besar butter
garam secukup rasa
serbuk paprika utk tabur

Cara

Tumis bawang hingga layu, masukkan daging kisar, kacau lbh kurang 3 minit hingga daging masak, masukkan sayur2 yg lain, tambah sedikit air, masukkan pula tepung gandum utk pekatkan kuahnya akhir sekali perasakan dengan bahan perasa. Kalau suka boleh tambah lada hitam.

Kentang yg dah direbus td, lecek hingga halus, tambah susu, butter dan garam..kacau hingga sebati.

Masukkan inti yg kita sediakan td ke dalam bekas tahan panas kemudian masukkan pula di bahagian atasnya kentang yg kita lecek. Guna garfu utk buat lorekkan, ( lorek2 je guna belakang garfu). Bakar dalam oven suhu 170' lbh kurang 20 minit atau hingga kentang keperangan.

masukkan inti
tutp inti dgn kentang yg kita dah sediakan n garit dgn garfu
utk saya n suami, tabur sedikit serbuk paprika

ni utk anak2..

No comments:

Post a Comment