Wednesday, June 1, 2011

nugget ayam.. :)




Disebabkan susah sgt nk dpt nugget di tmpt org..  maka terjdlah satu projek mencari dan mencuba resepi nugget ni.. bhnnya mudah.. cara buatnya pun sng.. dan rasanya pun sungguh sedap~! antara resepi kegemaran anak2 ku.. boleh jd bekal pgi skolah lg.. terima kasih kpd Jintan Manis.. :)


Bahan-bahanya ( kalau nak buat separuh adunan pun boleh)
4 keping daging ayam boneless ( boleh guna bahagian dada atau peha)
2 cawan serbuk roti ( breadcrumbs)
1/2 biji telur
150 gram taufu ( 1 bekas petak mini taufu) - di Malaysia buleh guna tauhu yang warna putih tu
sedikit garam
lada sulah
2 sudu kecil baking powder
*Untuk Coating*
2 biji telur yang dipukul sedikit menggunakan garpu
3 cawan breadcrumbs

Cara-Caranya
1. Buang kulit pada isi ayam dan potong kecil-kecil, blender isi ayam hingga hancur. Nak guna food processer pun boleh, kalau guna blender tu jangan masukkan isi ayam tu sekali gus ye, masuk sikit-sikit kasi betul-betul hancur.
2. Kemudian masukkan isi ayam yang telah diblender tadi di dalam bekas dan masukkan taufu, baking powder, lada sulah, dan garam, gaul sebati hingga taufu hancur.
3. Kemudian masukkan serbuk roti dan telur, gaul lagi. Selepas itu bentukkan nuggeta ayam mengikut citarasa masing-masing, bentukkan lah bulat ke, lonjong ke bentuk love ke, ikut kerajinan lah, saya buat bulat je.
4. Apabila telah dibentukkan bulat-bulat, leperkan sedikit dan celupkan dengan telur dan salut semula dengan serbuk roti, kalau nak coating tu lebih tebal ulang langkah tadi sekali lagi. Boleh terus di goreng atau di simpan di dalam tempat sejuk beku. Selamat Mencuba.
( saya tukar ayam dgn  ikan dowri)


nugget ikan yg belum digoreng

No comments:

Post a Comment

Powered By Blogger