Saturday, January 11, 2014

Peach Cobbler

peach cobbler

Teruja untuk mencuba resepi ini setelah membaca novel 5 tahun 5 bulan karya Hlovate. Cubaan pertama ini juga ku ambil dari novel ini.

Puding ini rasanya sangat sedap..suka..suka.. Selang sejam buat lagi untuk kali kedua dengan sedikit penyesuaian...kurangkan gula dan butter. Sebab... hasil yang pertama terlalu manis. Sedap tp tak boleh nk makan banyak ..manis sgt.

Bahan

1 cwn tepung gandum
2 cwn gula halus ..( kurangkan jd..3/4 cwn shj)
1 sudu teh soda bikarbonat
275 g butter..(kurangkan jd 200 g shj)
1 cwn susu segar
1 tin buah peach
1 sudu teh serbuk kayu manis

Cara

Cairkan butter dalam loyang, kemudian susun buah peach dlm loyang tersebut.
Ayak tepung n soda masukkan gula dan adun bersama susu segar hingga sebati.
Tuang adunan dlm loyang td..siram jus peach atas adunan dan tabur serbuk kayu manis.

Bakar 190' selama 45 minit.

Terima kasih kepada penyumbang resepi..









No comments:

Post a Comment