Tuesday, September 20, 2011

Macam mana nk kurus?

Assalamualaikum

Tiga tahun lps..tak perasan badan dah naik..bila balik kg..suma anak2 buah tegur, besarnya itu..besarnya ini..lps tu tekad..diet. Tak makan nasi..banyak gak turun.

Sekarang ni...tak kerja, cuti tanpa gaji 2 thn. Banyak masa terluang, hari2 tgk blog orang cari resepi. Selepas 1 tahun kumpul resepi wujud pulak blog masak2 sendiri. Usaha mencari dan mencuba resepi baru semakin hebat. Anak2 pulak tak berapa suka makan kuih muih ni, maknyalah jadi tukang perabis. Sedap ke tak sedap ke maknya kena makan lebih sebab tak nak membazir.

Minggu ni ROH day (reading of honors) kt sekolah anak2. Tangkaplah sekeping dua gambo dgn anak2 ni..balik umah bila belek semula gambar yg di snap..Ya Allah..gemuknya lah aku skrg ni..sedih..tekad semula utk diet.

Kelmarin, bermula pogram diet aku. Tak makan nasi. Makan buah, oat, sayur.

Semalam..tak sempat sarapan, kalut pegi kolah anak utk ROH amira, pagi buta, lps tu tak balik terus, sembang dgn kawan korean sampai tengahari.

Malam tadi...muntah2, sakit perut, masuk angin, mcm mabuk berisi ...aduhhhh. Suami kata x yah lah diet2..makan nasi je..tengah mlm buta pun terjaga, perut masih x selesa wpun suami dah urutkan. Masih muntah2. Alhamdulillah, baiknya suamiku..dia turun dapur, buatkan oat campur madu..baru dapat tidur smla.

Hari ni..nak sambung diet lg ke? Tulun...tulun..macam mana nk kurus? sikit pun jadilah..sblm balik msia..ada masa 3 bulan je lg ni..kalau x...sumbat telinga dgn kapas je lah...

Tak ada mood nk n3 makan2 minggu ni...perap dulu resepi..

2 comments:

  1. along bagi tips...busu masuk web ni www.taknakgemuk.com...mana tau berjaya menguruskan diri

    ReplyDelete
  2. ya ke...busu dah jumpa laman ni..study dulu..ok mekacih..

    ReplyDelete

Powered By Blogger