Sunday, August 21, 2011

Tepung Pelita.




Assalamualaikum.

Pertama kali dlm hidup buat kuih ni. Ingatkan susah sangat rupa2nya sangat senang. Tak perlu masa yg lama utk siapkannya puuuunn. Ramai kawan2 senior yg dah buat kuih ni cuma aku je yg selalu tertinggal keretapi. Tak pe lah ...niat yg sebenar nk belajar, nk mencuba dan simpan resepi sbg rujukan sendiri. Resepi ni aku rujuk drpd dapur dapur mamasya, terima kasih byk ya.




Bahan (utk lapisan bawah)

1 cawan tepung beras
1 cawan gula
5 cawan air
4 helai daun pandan
secubit garam
sedikit kapur (x ltk sbb x de)

Cara
Kisar daun pandan dgn 5 cwn air dan tapis. guna air ini utk bancuh semua bhn. Masak adunan hingga  pekat dan berkilat. Tutup api dan tuangkan dlm bekas.

Bhn ( lapisan atas)

5 sudu besar tepung beras ( resepi asal guna 4 sudu besar je)
4 cawan santan ( 1 biji kelapa)
sedikit garam

Cara
Bancuh semua bhn dan masak adunan hingga pekat dan berkilat. Tuangkan adunan ke atas lapisan hijau yg pertama tadi. Sejukkan baru sedap makan.


Tak anyam daun pandan pun utk jadi bekas. Pokok pandan dah togel dikerjakan hari2.


1 comment:

  1. Aslmkum Mawar Merah

    Dah jadipun tepung pelita...sedapkan kuih ni..mmg mudah.
    re;biskut raya ada juga buat beberapa jenis.raya di sini tak tahu mcm mana sbb pertama kali beraya di sini . kwn2 cakap byk buat open house..harap2 meriah. mawar kat sana tak ramai Msia ke?

    ReplyDelete