Monday, August 22, 2011

Laksam





Assalamualaikum.
Laksam ni antara menu kegemaran kami wpun kami bukan berasal drpd Pantai Timur. Pernah buat sekali 10 thn yg lps, saja buat makan2 dgn kwn2 sekolah. Tapi buat kuahnya saja, yg 'mee' nya tu kwn drpd Terengganu yg menyiapkannya..Zaifah nama sahabatku. Aniza ingat lg tak? Dia kata susah nk buatnya ni..dia pun try n error beberapaa kali. Cuba tepung jenis ni..cuba pulak tepung jenis tu..barulah menjadik ,aku pun terlopong mendengornya..n set dlm otak..x yah buatlah..susah...x jadik nanti. Lawak sahabatku ni..di mana agaknya dia sekarang, smga dia sihat walafiat.

Tapi berkat kesungguhan utk mencuba hasil perkongsian ilmu drpd dapur mamasya, akhirnya...menjadi..Alhamdulillah, suka sangat2. Terima kasih mamasya. Kwn2 yg nk cuba bolehlah tgk resepi kt bawah ni..

Bahan

3 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
4 cawan air suam
1 sudu kecil air kapur ( x letak)
secubit garam




Cara

Panaskan pengukus. satukan semua bahan dan bancuh sebati. Sapu minyak kt tudung periuk. Aku guna loyang je. Sendukkan adunan ke dlm loyang (nipis je).Kukus hingga masak ( lbh kurang 3@4 minit ) atau dia dah mula gelembung2 kecil. Kuarkan loyang n tunggu sejuk baru gulung. Buat sampai habis. Sapu minyak setiap kali kukus adunan yg baru. Loyang kena panaskan dulu yek..nk elakkan melekat.

Bhn utk kuah

1/2 kilo ikan kembung/ selayang/sardin - rebus dgn asam keping dan perisi ( amik isi)
6@7 ulas bawang merah - mesin dgn ikan
6@7 cwn santan drpd 1 biji kelapa
1 sudu makan lada hitam - tumbuk halus
2 keping asam keping
1 sudu kerisik (pilihan)
garam

Cara

Masukkan semua bahan kisar dlm periuk masak hingga mendidih dgn sedikit air, kemudian masukkan santan, sesuaikan kepekatan kuah dan perasa dgn garam.

Bahan ulam

kacang panjang, daun kesom, taugeh, timun
sambal belacan

Hidang dgn perahan limau.


Ulamnya cuma timun dgn kacang pjg je..tu je yg ada kt sini.

Amira suka makan laksam ni..


No comments:

Post a Comment