Sunday, August 7, 2011

Cucur badak



Assalamualaikum.

Kuih cucur badak ni sebenarnya amat mudah utk menyediakannya. Bahan utk dohnya cuma keledek dan sedikit tepung gandum. Bahan yg sama utk buat kuih keria dan cek mek molek. Cuma bentuk dan inti saja yg berbeza. jadi klu nk buat 3 jenis kuih ni dlm 1 masa pun boleh. Yang penting jgn bubuh tepung gandum byk sgt nnti kuih kita jd keras...x sedap. Jgn rebus keledek terlalu empuk dan tunggu sejuk baru lecek. Sbb klu keledek terlalu lembik kita perlukan byk tepung utk jd doh, akhirnya kuih akan jd keras. Utk resepi ni pun x ada sukat2. Main bubuh je..Utk keluarga kecik, cukup 1/2 kilo keledek.




Bahan

1/2 kilo ubi keledek- rebus, lecek
sedikit tepung gandum @ lbh kurang 4 sudu besar
sedikit garam
serunding kelapa - utk inti.

Cara
campurkan tepung sedikit demi sedikit dlm bekas yg mengandungi keledek yg telah dilecek, tmbah sedikit garam, X perlu tambah tepung lg jika doh sudah boleh dibentuk.

Buat bebola kecil, leperkan , masukkan inti dan tutp semula. Goreng dlm minyak yg byk. Inti serunding tu boleh tengok kt sini...

1 comment:

  1. Salam tuan umah, sedap cucurbadak tuh,kalau orang dulu2 diaorang lekatkan udang kat bahagian luar cucur badak,susah nak cari yang lembut dan inti yg sedap, nanti suruh my mem buatkan, oh ya sos putih tu, sos bechamellah dalam inggeris, basic sos selain sos perang(brown sos )yang utama dalam masakan barat. masuk kolej dulu, sos lah benda pertama di ajar masak, hehehe

    ReplyDelete