Wednesday, April 10, 2013

Tofee Cheese Cake
x secantik sifu asal tapi sedap..
Dah lama sangat tak buat ces kek. Loyang utk buat ces kek pun masih duk dlm kotak. Nak juga mencari tapi bila tgk susunan kotak yg tinggi sampai ke siling..lupakan je lah..
Cari akal cam mana nk buat dalam loyang biasa..akhirnya berjaya. Jumpa teknik ni kt blog CMG. Kita lapik dgn aluminium foil...cam ni..
Ces kek ni pulak, hasil perkongsian azlitamasammanis. Minta izin cnp kt sini pulak ya..
Ces kek ni sedap, lain kali boleh buat lagi. Manis sedang2, untuk yg x suka manis , x yah kurangkan gula..dah sedang elok dah tu.
Lapisan Bawah

7 keping biskut digestif
5 sudu besar mentega cairkan

Biskut di hancurkan. 
Satukan biskut dan mentega
Letakkan dalam loyang  ukuran 8 inc
Alas dasar loyang terlebih dahulu dengan kertas minyak
Padatkan biskut dalam loyang
Boleh padatkan pada dasar loyang sahaja, atau pada sekeliling loyang juga

Simpan dalam peti ais sebentar anggaran 1 jam
Kemudian bakar pada suhu 170 C selama 15 minit atau sehingga biskut merenggang sedikit dari loyang.
Biarkan sejuk tapi jangan keluarkan dari loyang ya. Biarkan ia sejuk dalam loyang
Cheese Cake

250 gm krim cheese ~ suhu bilik
150 gm gula perang
30 gm mentega ~ dicairkan
5 biji telur
1 sudu teh esen vanilla

Pukul cream cheese dan gula perang hingga lembut
Tambahkan telur sebiji-sebiji dan terus pukul
Tambahkan mentega cair dan esen vanilla dan pukul rata

Tuang dalam loyang yang terdapat biskut tadi.
Letakkan loyang dalam loyang lain yang lebih besar
Isikan air panas dalam loyang yang besar, jangan sampai loyang kek terapung..elok lapik dgn lekar yg tahan panas.
Bakar secara bain marie ini pada suhu 170 C selama 1 jam 15 minit
Bakar guna api atas dan bawah 



2 comments:

  1. Assallamualaikum kak.

    Busy kek skrg kak dgn kerja2 sekolah? Tapi sempat tu buat cheese cake..Tq ya for your wish. Doakan yg baik2 utk Nadz dan kandungan ni ye..

    ReplyDelete

Powered By Blogger