Monday, October 22, 2012

Pai Epal
gambar x mengancam...ada masalah teknikal..kesulitan amat dikesali, tp rasa...seedapp


Terima kasih kepada  hasue yag telah mencuba dan memaparkan sekaligus berkogsi resepi ini. Saya ambil resepi ni drpd blog beliau, kawan-kawan pun bolehlah berkunjung kesana ya.

Alhamdulillah setelah hampir setahun tidak menulis di sini akhirnya...hari ini aku kembali. Nasib baik masih tidak lupa cam mana nak linkkan blog ni dgn blog lain..klu tidak..parah..

Berbalik kepada resepi ni, pai yang sangat sedap, sangat mudah utk membuatnya, pasti menjadi, modal x besar, ambil masa yang sangat singkat, pastri yang rangup ..x lemau , x keras dan x terlalu rapuh. Apa lg...cubalah...

Bahan-bahan

250g tepung gandum
50 g gula icing
150 g butter
1 biji kuning telur
30 g air dingin
sehelai kertas minyak
beras@kekacang

Cara

Ayak tepung gandum bersama gula. Gaul ramas bahan ini bersama dgn butter. (potong butter kecil2)
+ kan kuning telur dan air ( buh sikit2). Boleh kepal je cukup. Air 30g yg aku guna x abis pun tau..pastri x rapuh klu guna byk air.
Uli sebati..(uli setakat sebati je..bukan uli mcm nk buat roti canai kaw-kaw tu. Lebih uli akan buat pastri kita x rapuh . Bungkus dlm plastik buh dlm peti sejuk ( kita rehatkan dia 1 jam). Pas 1 jam bru kuarkan smla n..
Canai pasti ( guna plastik bhg atas n bawah)
buang plastik bhg atas n angkat n letakkan bhg yg x berlapik tu dlm acuan pai kita. Potong dgn pisau bhg tepi@lebihan pai. Cucuk dgn garpu (aku x buh kekacang pun) terus bakar 20 minit api 180'...sbb aku suka rangup, klu ikut resepi asal 15 minit je. Pas tu siapkan inti..

Inti

4 biji epal hijau ( dadukan)
3@4 sb gula perang (quantiti gula boleh ubah ikut suka)
sedikit serbuk kayu manis
2 sb tepung gandum bancuh dgn 3sb air

Cara

Masukkan epal dadu dlm periuk bersama gula perang, masak hingga layu, tambah serbuk kayu manis dan akhir sekali masukkan bancuhan tepung. Sesuaikan kepekatan.

Bila pastri dah masak, masukkan inti dan hias atasnya dgn lebihan pasti. Aku canai smla lebihan pasti dan potong memanjang , dpt 6 batng, X payah anyam2..nnti patah n x cantik mcm aku punya. letak dulu 2 batang, 1 di bhg paling kanan n 1 di bhg paling kiri , pas tu letak lg 2 btg melintang ..pandai-pandai susun mcm tikar tuh..x reti aku nk terangkan. Klu dah siap sapu kuning telur n bakar smla 45 minit 180 darjah. Resepi asal bakar 35 minit je..aku suka rangup so bakar lama sikit. Dah siap..tunggu sejuk baru makan , yang ni x leh makan panas melecur bibir kang..sbb filling tu panas yg amat.


Sebenarnya kan...aku buat 2 adunan. 1 adunan tu aku buh inti durian...maka dia jadi pai durian. Gambo esok aku upload, kamera aku entah kt mana ....Sedap tau pai durian ni..Inti durian ni aku buat masa musim durian bln 4 dulu..Aku masak durian dgn gula..masak lama2 penat tutup api..pas tu sambung smla..Dah masak betul , sejukkan n simpan dlm peti. Aku x buh gula byk pun, tp sbb aku msk lama maka dia pun tahan lama. Pai ni aku penah makan masa di Davao, tp sedap aku punya lglah, sbb inti durian dia aku rasa dah campur tepung..aku punya ori, gula n durian semata..manis pun ngam2 je..Esok aku akan buat utk kakak ku..norlela yg dah terliur tgk gambo..tungguu....



1 comment:

  1. yum yum..hee....blog walking here..singgah ler blog sy gak kat http://precioushandsatelier.blogspot.com/ tgk bunga2 cantik mekar dlm cara berbeza ssuai utk deko umah anda....

    ReplyDelete

Powered By Blogger