Wednesday, August 31, 2011

pengat pisang




Assalamualaikum

Raya2 ni makan pengat sedap juga kan..lepas muak makan kuih raya, ketupat rendang...jom kita turun dapur.Pengat pisang atau serawa pisang ni paling mudah nak buat, tapi sedap... sebab aku suka. Rasa lemak santan dengan gula merah dan ada rasa masam manis daripada pisang. Tambah sedikit sagu biji dan tepung pulut yang digentel kecik2 sbg aksesori, kuah akan jadi lebih pekat sedikit dan rasanya pun bertambah sedap. tapi jangan sampai terlebih sagu biji pulak, kang kuahnya pekat sangat. Kuantiti ikut sesedap rasa, tak perlu sukat2..sukatan di bawah ni lebih kurang je. Boleh ubah suai ikut selera masing2.



Bahan

5 biji pisang ..pisang awak/ abu/ tanduk apa2 je yg sesuai. klu guna pisang tanduk jgn sampai 5 biji,  
                      melampau tu namanya...
4 cawan santan (1/2 biji kelapa)
1/2 cawan gula merah
gula pasir- ikut kemanisan
2 helai daun pandan
secubit garam
3 sudu besar sagu biji - rendam dulu lbh kurang 1 jam
1 cawan tepung pulut- jadikan doh dengan campurkan sedikit air dan secubit garam
1 cawan air

cara

Masukkan 1 cawan air dlm periuk bersama daun pandan.. biar mendidih. Masukkan pula sagu biji, tunggu hingga sagu masak. Sagu masak bila warnanya bertukar menjadi jernih.
Kemudian masukkan pula santan, jika santan dah mula mendidih masukkan pula doh pulut yg dah siap dibulatkan kecil2. Pulut ni akan terapung bila masak. Boleh juga ganti dgn tepung gandum. tapi bancuh mcm jemput2 tu, sudukan 1 per 1.
Selepas itu masukkan pisang, gula merah dan putih , tambah sedikit garam. sesuaikan kuantiti kuah, tidak terlalu pekat atau terlalu cair. Sedap makan sejuk atau panas..






1 comment:

  1. salam, tuan punya blog, cantik blog! sedap lagu.
    nak pinjam gambo pengat :D

    ReplyDelete

Powered By Blogger