Friday, August 5, 2011

Bingka suji

Assalamualaikum.

Mencuba resepi ni minggu lps lg sebelum puasa. Sedap bingka ni. Nak buatnya pun tak susah sangat. Kat umah ni masih byk lg stok tepung somalina atau tepung suji ni. Ini kes nk perabis stok la ni. Jumpa resepi ni kt sini..http://homekreation-recipes.blogspot.com/2011/04/baked-sugee-kuih-bingka-suji.html. Terima kasih..byk2.

Bahan

3 bijitelur
110 g gula
160g tepung suji
250 ml santan pekat
jus pandan @ 1 sudu teh pandan paste
1/4 sudu teh garam
435 ml air
90 gram butter
30 g tpg gandum

Cara

Satukan telur dan gula, pukul hingga gula larut, masukkan tepung suji, santan, pandan paste,garam dan air. Kacau sebati. Masak guna api sederhana hingga pekat. Tutup api, campurkan butter dan tepung gandum, jika dah sebati bubuh dlm loyang dan bakar 1 jam 90 drjh.

No comments:

Post a Comment