Tuesday, December 6, 2011

Apam Polkadot

Assalamualaikum..

Apam dot2 yg aku buat ni x ada corak dot..dot pun..sbb kantoi utk mendot-dotkannya. last2 lorek2 je lah..tp cantik juga kan.. Tp dr segi rasa sama je kot dgn apam dotdot yg lain. Cantik kembang dan x merekah.
 Lg satu aku x guna pewarna. Lorekan tu aku campurkan dengan sedikit serbuk koko. Buat setengah adunan je tp dpt byk juga.Utk intinya pula aku letakkan jem strawberry. Kepada rakan2 yg nk mencuba, resepi di sini ya.dapur-mamasya. Terima kasih mamasya..

corak yg cacamerba..

Sunday, December 4, 2011

Kerabu jantung Pisang

Assalamualaikum..

Jantung pisang kt sini x yah jolok2 dgn galah..jolok dgn duit je jatuh dlm troli. Melambak kt mall, senang sgt dpt dan harganya pun murah dlm seringggit gitu..aku pula mmg suka makan jantung pisang.

Kerabu ni aku buat guna bahan yg ada kt dapur dan sekeliling umah. Tak perlu pening2 kepala. Jom tgk bhn..

Bahan.

Jantung pisang - kupas kelopak hingga ke bhg putih, didihkan air dan rebus dgn secubit garam hingga empuk
                           dan toskan. hiris halus
udang kering - sangai dan kisar halus
sedikit daun kesum - hiris
sedikit bunga kantan -hiris
sedikit daun ketumbar -hiris
2 btg serai ( ambil bhg yg dlm kelopak) -hiris
lada merah, hijau -hiris
bawang besar - hiris
garam
jus limau

Cara

Campur semua bahan hingga mesra rasa masam n masinnya. Boleh juga tambah sedikit santan pekat. Aku x bubuh sbb nak lebih sihat.

Sayur2 yg ada kt sini

Assalamualaikum..

Tahu x daun apa kt atas tu? Itulah daun pokok malungai..kita sebut marungai. selalunya kita guna cuma buahnya sahaja utk dicampur dlm masakan dalca. Kaum india suka masak buah marungai ni. Bentuk daun ni seperti daun turi, rasanya pun seakan2 sama..pahit sikit2.

Sebenarnya daun ni cukup berkhasiat utk menentang cancer. Di sini mereka tanam secara meluas sebahagiannya diproses utk dijadikan ubat, vitamin, jus dll .Serbuk jus yg dijual kt sini semuanya dicampur dgn daun marungai ni..tp sedap.. Aku pun selalu masak sayur ni, biasanya aku campur dengan labu, sedap dan berkhasiat..klu cjumpa kt tpt kita cuba masak..


Ni pulak daun apa? cuba teka? klu nk tau ni sebenarnya daun pokok cili api..kt sini dipanggil sili. antara yg dijual di pasaraya. rupa2nya sedap juga daun ni..kita jadikan rampai..campur dgn sayur lain..labu ke..apa2 yg sesuai..sapa2 yg tanam pokok cili kt blkg umah tu..boleh cuba..Jemu kan makan sayur kobis, sawi, bayam..

Set Noritake

Assalamualaikum.

Siapa suka kumpul set Noritake? Kt sini murah tau..boleh borong banyak2 sbb setiap tahun mereka buat jualan gudang. masa tu harga yg mereka offer sehingga 50%. Sebelum ni aku x tau lah sgt ttg harga set ni..tp setelah kawan suami bercerita dia pernah beli di tpt kita n harganya mencecah ribu utk 1 set..Esoknya suami bawa mereka ke Mega Mall ( wpun kt pasaraya tp harga  jauh lbh rendah) dan mereka pun borong sakan..

Aku beli masa offer je ..jualan gudang 1 thn 1 kali..off 50 %. Benarnya aku x mintak kt suami..dia yg minat sangat2..layan je lah..Harga set2 kt bawah ni x sampai RM 500. Byk corak n design n byk gak yg aku dah borong..Kt bwh ni antaranya..




Percutian Sblm Balik Ke Msia.

Assalamualaikum..
Nk abadikan kenangan di sini. Minggu lps kami ke Davao, jauh gak 2 jam dgn kapal terbang. Davao ni di Pulau Mindanao sedangkan kami tinggal di Manila di pulau Luzon, di bhg tengah Pulau Visayas.

Kami pilih lokasi ni sbb senang sikit nk cari makanan halal sbb kawasan sini kan ramai org muslim. Tempat yg kami tuju antaranya Pulau Samar iaitu Davao Pearl Farm. Naik feri hampir 2 jam jugak. Pemandangan sangat cantik, laut x tercemar. masih boleh lihat dengan dekat landak laut, tapak sulaiman, gamat di kawasan pantai..bersama dgn ikan2 yg sama2 'mandi' dgn kita.

Lg satu lokasi.. Aden Park di pergunungan Apo. Udara sejuk, senang kata mcm Cameron lahh.. Kt sini yg paling menariknya anak2 mencuba skyrider. Aku yg kecut perut..Termasuk anak bongsuku..umur 7 thn tp berani meniti satu2 anak tangga sampai ke puncak dan seterusnya melongsorkan diri dgn skyrider..



buah ni utk hiasan saja..namanya mickey mouse.
izzah ..aku dah jerit2..jangan2..takut dia bolos kt jeriji besi..tp dia boleh senyum lebar..

tuu dia..kecik je sayup kt atas tergantung2..izzah ..izzah..kamu sungguh berani, mama kagum..

Wednesday, November 30, 2011

cheese cake

Assalamaualaikum.

Tinggal 2 minggu je aku kat sini, awal thn dpn sudah berada di Msia dan bekerja semula. Sekarang ni aku berada dlm situasi yg agak sibuk, mengemas dan pack barang2 yg perlu ..tp benonya lom start pun lg...malasss. Aku juga perlu n3 kan semua resepi yg terperap sbb bila dah sampai Msia..x tau apa ceritanya.
Sekarang aku juga perlu menghabiskan stok2 yg ada, bhn2 kuih. Setiap hari aku kena buat kuih ni..tp sapa yg nk makan ? Anak2 x berapa suka makan kuih muih ni..yg mereka kejar...naaasssiiikk. Aku? x boleh..sedang berpantang. Oh..satu2nya sahabatku di sini, si Ina, driver kami dan kawan2 suamiku di pejabat..mereka akan menjadi mangsa..

Resepi ni aku dpt drpd Biduri@myresipi. Pertama kali mencuba, aku guna resepi ni sbb inilah resepi yg paling mudah dan alhamdulillah menjadi..dan ada org puji ..dia kata kek ni lbh sedap drpd kek yg dia makan di kedai. Sesiapa yg baru berjinak2 nk mencuba buat cheese cake ni, eloklah cuba resepi ni.


campakkan blueberry
Utk crust

hancurkan biskut ( blend) dan gaul sebati dgn butter yg telah dicairkan..(agak2 boleh kepal tu ok..) Aku hentam je..pernah guna biskut tiger, digestive dan akhir sekali beli biskut yg ready made (siap kisar)...lg mudah kerja.Kuantiti tu agak2 je.

Loyang tu lapik dulu dgn kertas minyak, kemudian baru tekankan crust..jgn padat sgt..susah nk potong nnti. Masukkan loyang ni dlm peti sejuk sementara kita siapkan adunan kek. Guna loyang spring form ya..yg ada klip tu supaya senang nk kuarkan kek td.

guna loyang ni..
crust ..


bahan kek

250 gram cream cheese
200 ml plain yogurt
1 sudu besar jus lemon
3 sudu besar tepung gandum
2 biji telur
90 gram gula.

Cara

Pukul cream cheese bersama gula hingga soft.
masukkan telur 1 per 1, pukul lg hingga sebati.
masukkan plain yogurt dan jus lemon, pukul sebati.
akhir sekali masukkan tepung, kacau guna spatula hingga sebati.
tuang adunan kek dlm loyang yg dah ada crust td.
* ( resepi asal..masukkan semua bhn dlm blender n blend je terus).
masukkan dlm oven yg sudah dipanaskan.
bakar suhu 145' selama 55 minit..(kek akan bergoyang2 sikit di bhg tengah)..normal tu.
setelah cukup masa membakar, biarkan kek di dlm oven dgn membuka sedikit pintu oven. (utk elakkan perubahan suhu yg menyebabkan kek retak)
keluarkan drpd oven setelah kek sejuk n simpan pula dlm peti ais.
tunggu beberapa jam baru boleh potong..aku biarkan 1 mlm dlm peti, baru potong..

*teknik membakar- sepatutnya loyang kek dimasukkan ke dlm loyang yg lebih besar n berisi air panas. Buh kt rak oven yg paling bawah..ini cara yg betul utk elakkan kek drpd merekah.

Tp...masa first time aku buat dgn yakinnya aku masukkan loyang kek dlm loyang yg ada tu..tiba2 bunyi...blup...blup...blup..huhuhu...kekku suda banjir..habis cerita..

X putus asa..study...study..cam mana nk buat..dpt akal..buh loyang kek dlm loyang biasa yg lebih besar..(x de air tau) Loyang kedua ni pulak akan di masukkan pula dlm loyang yg lebih besar lg..yg berisi air..so loyang pertama yg ada kek selamat...adai ada ketirisan..


loyang kek dlm loyang besar , loyang besar dlm loyang yg lbh besar n berisi air panas.

Monday, November 28, 2011

Roti Jalin..

Assalamualaikum.

Kali ni buat roti, x ikut resepi mana2. Masih guna bahan asas yg sama..resepi rujuk  sini . Tapi aku tambah sedikit yogurt, kentang lecek dan mayonis. Satu lg..x guna air langsung. Ingat nk guna teknik water roux tp x sempat. Lain kali akan ku cuba jugak. Apa pun roti ni lembut dan sedap. Yogurt, kentang lecek dan mayonis tu yg gantikan air, masa bm tu mengguli, jengah2 kejap tgk teksturnya..klu dah sedang2 elok x perlu tambah air.

Apabila kita sudah semakin mahir 'meroti', kita boleh ubah suai dan tambah apa saja yg kita rasa boleh menambah kelembutan dan keenakkan roti kita..pasti jadi..jangan risau.

Dulu2..sblm dpt info ttg cara buat roti, tmbah pula pengalaman pertama menguli, guna tangan pulak tu. Buat ikut resepi bulat2 tp x jadi..sseeedih tp sekarang tambah apa pun..insyaallah jadi. Belajar drpd pengalaman. X susah sebenarnya buat roti ni..

inti serunding daging

tabur brown sugar dan parutan cheese

teknik melipat sblm tu leperkan tepung guna penggelek.

baru kuar oven..hitam2 tu bkn semut tau....serunding ..hihihi
Powered By Blogger