Sunday, August 21, 2011

Baked sandwich




Assalamualaikum

Wpun nmpk simple je bhnnya tp sedap n lps ni mesti buat lg.Rasa rangup roti yg dibakar, inti yg lembab2, lemak drpd cheese. Utk bos n mem buh cili api sikit...tambah2 sedap. Terima kasih byk2 kpd Sasharahmat sbb kongsi  resepi ni.

Bahan

6 keping roti
butter utk sapu kat roti
2 biji telur
3/4 cup susu cair
sedikit lada hitam
parutan cheese

utk inti

isi ayam/ sosej/daging cincang
sayur yg sesuai- carot, lada capsicum dll
perasa

utk sos

campurkan susu n telur, tambah sedikit lada hitam n perasa. Kacau sebati.

Cara

masak inti dulu, ikut selera masing2. Tumis bawang merah n putih yg didadu, pas tu masukkan daging, dah masak masukkan pula sayur n akhir sekali tambah perisa. Boleh je guna sos tomato n sos cili atau ganti dgn  lada hitam.

potong tepi roti, terap bulat pun boleh, x terap pun boleh. Sapu butter n masukkan dlm acuan. Bakar 8 minit suhu 170'.
Pas tu.. Masukkan pula inti yg kita buat td. Tuangkan campuran telur n susu, tabur sedikit cheese dan bakar semula pada suhu 170' selama 10 minit.




Saturday, August 20, 2011

Bingka atau kuih bakar


Assalamualaikum.

Kuih ni rasa lemak2 santan n bau harum pandan. lembut sbb menggunakan telur yg agak byk jugak. Selalu org sebut bahulu kemboja atau kuih bakar.




Bahan

2 1/2 cawan santan
1 1/2 cawan tepung gandum
1 cwn gula
5 biji telur
 bijan utk tabur
4@5 helai daun pandan
secubit garam

Cara

Blend kelapa parut n pandan dgn 2 1/2 cawan air dan perah .
Masukkan semula santan yg kita perah td dlm blender, masukkan juga telur, gula, garam n tepung. Blend hingga sebati.
masukkan dlm loyang yg dah disapu minyak/ majerin/butter. Bakar 40 minit api 180'. Selepas 5 minit dlm oven,  tabur bijan atas permukaan kuih..n teruskan bakar hingga masak.

guna loyang biasa je..loyang bunga tinggal kt Msia.




Sunday, August 14, 2011

Panna Cotta mangga




Assalamualaikum.

Panna Cotta ni lbh kurang macam dadih, sangat halus n bergoyang2 jika disentuh. Enak makan terutama ketika cuaca panas. Bahan yg digunakan mudah dpt dan cara nk buatnya pun amatlah senang. Dpt resepi ni drpd izahdaut. Terima kasih byk ya..

Bahan

9 g gelatin @ 1 sudu besar lbh sikit
4 sudu besar air
2 1/2 cwn susu segar
1/4 cwn gula
1 sudu teh vanilla
mangga yg masak- blend jadikan puri + 2 sudu besar gula. ( boleh je guna buah lain)

Cara

+ kan gelatin dgn air, biarkan kembang
masak gula dgn susu guna api perlahan, tutup api bila susu dah berbuih kecil.
+ kan gelatin dlm susu td kacau hingga larut.
tuang dlm gelas yg sesuai n sejukkan 5@6 jam
lps tu baru tuang puri ke atasnya..


Panna Cotta mangga

Saturday, August 13, 2011

velvet marble cheese brownies

Assalamualaikum.

Mencuba resepi ni sbb ada cheesenya tu, budak2 kt umah ni mmg suka cheese cake n apa2 aja yg ada cheese. Tima kasih byk2 kt Izzahdaut yg kongsi resepi ni. Buat kuih ni dah lama tp baru di n3 kan..

Bahan

125g + 1 sudu besar tpg all purpose @ t. kek
1/2 sudu teh garam
60 g mentega
100 g gula
1 telur
1/2 sudu teh esen
120 ml susu segar
1/2 sudu besar jus lemon
1/2 sudu teh pewarna merah
1/2 sudu teh cuka
1/2 sudu teh baking powder

Lapisan cheese

200 g cream cheese
1 telur
50 g gula
1 sudu besar jus lemon

Cara

Lapik kertas dlm loyang
campur susu dgn lemon biar 5 minit
ayak tepung n ketepikan
Pukul mentega hingga berkrim + gula, + telur + vanilla
+ susu dgn pewarna - kacau sebati
masukkan tepung n campuran susu bergilir, mula dgn tepung akhir dgn tepung (3x)
+ cuka dg baking powder n biarkan berbuih lps tu + kan dlm adunan kek n kacau sebati.
asingkan 2 sudu besar utk hiasan, yg lain buh loyang n bakar 30 minit.




Utk lapisan cheesenya pulak

putar cream cheese hingga berkrim pas tu + gula + telur + jus lemon sambil terus putar.
tuangkan atas kek yg dah masak td. Bancuhan yg kita asing td paipkan atas cream cheese..corak marble @ suka hati.
bakar lg 30-35 min 150' guna kaedah stim bath.

Simpan peti dulu lbh kurang 4@5 jam baaru potong.


dah paipkan jalur2 gini, kita cross kan pulak dgn lidi satay utk jdkan marble.







Thursday, August 11, 2011

Ais cream goreng

Assalamualaikum.

Resepi ni pernah cuba 2..3 thn yg lps selepas anak teruna ku Pizul kemaruk beli kt kedai, balik kolah je nk beli. Masa tu tak tgk mana2 resepi pun, try n error je..suamiku  yg sibuk mencubanya. Guna cetak karipap utk cantumkan roti. Lps kapit  tu terus goreng..x  simpan2 dlm esbox dulu pun. Lps tercebur dlm dapur tanpa sempadan ni baru tau cara yg betul. Dpt ilmu drpd Naz. Terima kasih byk2 ya Naz. Projek ni sblm posa lg, n3 lambat.

Bahan

Ice cream. - buat sendiri ni..
roti secukupnya
minyak utk menggoreng

Cara

Leperkan sedikit roti guna penggelek. Letakkan ais cream di atas roti, letakkan sekeping lg roti diatasnya. Guna cawan atau apa saja yg sesuai utk memotong atau membentu roti ni. Guna acuan karipap pun boleh n pada aku lbh mudah. Simpan 3@4 jam roti yg dah siap ni dlm peti ais..barulah di goreng dlm minyak panas yg banyak..


tamak tu buh is cream byk..lps terap rotinya koyak..hu.hu.hu



ais cream buatan sendiri....gebu kan..
Klu nk resepi ais cream ni tgk  sini

Wednesday, August 10, 2011

Buah Melaka


Assalamualaikum.

Senang je nk buat buah melaka ni, resepi ni ditujukan khas buat anak dara ku.. Husna yg suka sgt makan kuih ni n anak2 buahku yg baru nk belajar masak. Jom tgk bahan.

Bahan

Gula kabung @ gula melaka - potong kecik2 saiz ujung jari kelingking
Kelapa parut - klu boleh cari yg muda sikit, gaul dgn sedikit garam
jus pandan- blend pandan dgn 3/4 cwn air
tepung pulut- 1/2 paket
secubit garam




Cara

Jerang air dlm periuk, sementara air didih terus uli tepung. Uli tepung pulut dgn sedikit jus pandan, jgn lupa buh garam sikit. Uli hingga jadi doh. Ambil sikit tepung pulut, bulat2kan, tekan leper, buh gula yg dipotong kecil tadi dan tutup smla jd bebola kecil. masukkan bebola td dlm air yg dah didih. Angkat kuih jika kuih dah terapung, tos dan golekkan dgn kelapa. SIAP..

Husna..mama buat kuih ni sambil menggentel, sambil merebus, sambil menggolek tau..sekali jalan. buat kt tepi dapur je sambil berdiri.



Tuesday, August 9, 2011

Kek kukus lapis lg..



Assalamualaikum.

Semenjak dua ni asyik buat kek lapis ni je. Setelah 5..6 kali buat dlm sebulan ni, kemahiran semakin bertambah. Buat setengah adunan je dah dpt 1 loyang 6x6. Tak guna byk telur, kek ni x muak, x berminyak, bhn pun mudah, buatnya pun senang n yg penting rasanya sedap. Sesuai juga utk sahur sbb aku x suka mkn nasi..perut sebu. Utk ganti asam duit2 tu aku buat jem sendiri. jem epal hijau, n musim kurma byk ni..aku try buat jem kurma..sedap. Smlm amira minta buat lg tp x nk buh jem..dia suh buh nuttela. Esok nk cuba.




Utk buat jem ni sgt senang. Utk jem epal, kupas kulit epal dan sagat, 3 biji pun cukup. masukkan dlm periuk bersama gula n sedikit serbuk kayu manis. Masak hingga air epal agak kering. Gula tu agak2 sendiri je, yg suka manis buh 1/2 cwn.

Utk jem kurma pun sama juga. Masak je kurma yg dah buang biji dgn sedikit air . Kurma tu potong kecik2. Aku x buh gula sbb x suka manis. Yg suka manis tu leh la bubuh sedikit gula. Masak hingga kurma lembut dan airnya kering.

Klu x nk buat pun boleh , beli je jem ready made atau ganti dgn asam duit2 tu.

Kali ni lg seronok buat sbb ada biskut yg ready made hancur. Aku guna crushed grahams..lg senang kerja.

Resepi asal kek ni sumbangan sahabatku ..Maz.




Bhn.

2 1/2 cawan biskut marie - kisar. Aku guna crushed grahams
3/4 cawan gula
5 biji telur
1 buku butter
3/4 cawan susu pekat manis
vanila
pewarna - aku x buh pun
jem

Cara

Pukul hingga kembang gula dan telur, ketepikan.
Pukul butter hingga lembut dan campurkan dlm adunan gula n telur tadi, pukul sebati.
Masukkan susu, vanila n biskut, Pukul speed perlahan hingga sebati.
Yg suka boleh buh warna utk lapis yg berbeza.
Kukus. Aku buat 4 lapis je. Setiap lapis buh jem. Lps lapisan yg terakhir tutup loyang dgn aluminium foil n kukus 40 minit.



Powered By Blogger