Monday, August 8, 2011
Kuih Cek mek Molek
Assalamualikum.
Pertama kali makan kuih ni lbh kurang 5@6 thn lps. Dijamu lps meeting, masa tu rasa seeedapnya..Sebelum ni ada juga cuba buat kuih ni tp rasanya mcm susah nk bentukkan dia, gula tu x nk duk diam kt dalam. Tp semalam buat lagi lps terliur tgk kt umah Teratak Mutiara kasih , senang pulak menggentelnya..Alhamdulillah bertambah lg satu kemahiranku hasil kongsi2 ilmu ni. Kuih yg famous kt Pantai Timur dah sampai kt org Johor dan jauh pulak jalan ke Manila sekarang ni..Doh yg sama utk buat kuih keria.
Bahan
keledek- rebus dan lecek
sedikit tepung gandum
gula sbg inti
garam
Cara
Lecek keledek, masukkan garam dan tepung gandum. Tepung gandum x perlu banyak, nnti kuih keras, asal jd doh cukup.Uli hingga jadi doh. bentukkan..mula2 buat bebola kecil, leperkan dlm bentuk bujur, bubuh 1 sudu kecil gula, cantumkan semula dgn kemas supaya gula x terkeluar masa digoreng.
Berdasarkan pengalam, jangan rebus keledek sampai lembik dan tunggu sejuk baru lecek. Sbb apa..keledek yg terlalu lembut perlukan byk tepung utk jd doh sama juga klu kita lecek dia panas2..tambah2 tepung..akhirnya kuih kita keras. Jadi..asal empuk cukup, dan sabo ya..tunggu sejuk..
Sunday, August 7, 2011
Cucur badak
Assalamualaikum.
Kuih cucur badak ni sebenarnya amat mudah utk menyediakannya. Bahan utk dohnya cuma keledek dan sedikit tepung gandum. Bahan yg sama utk buat kuih keria dan cek mek molek. Cuma bentuk dan inti saja yg berbeza. jadi klu nk buat 3 jenis kuih ni dlm 1 masa pun boleh. Yang penting jgn bubuh tepung gandum byk sgt nnti kuih kita jd keras...x sedap. Jgn rebus keledek terlalu empuk dan tunggu sejuk baru lecek. Sbb klu keledek terlalu lembik kita perlukan byk tepung utk jd doh, akhirnya kuih akan jd keras. Utk resepi ni pun x ada sukat2. Main bubuh je..Utk keluarga kecik, cukup 1/2 kilo keledek.
Bahan
1/2 kilo ubi keledek- rebus, lecek
sedikit tepung gandum @ lbh kurang 4 sudu besar
sedikit garam
serunding kelapa - utk inti.
Cara
campurkan tepung sedikit demi sedikit dlm bekas yg mengandungi keledek yg telah dilecek, tmbah sedikit garam, X perlu tambah tepung lg jika doh sudah boleh dibentuk.
Buat bebola kecil, leperkan , masukkan inti dan tutp semula. Goreng dlm minyak yg byk. Inti serunding tu boleh tengok kt sini...
Friday, August 5, 2011
Puding roti berkaramel
Assalamualaikum.
Puding roti ni rasanya saling x tumpah macam cream caramel, tapi saya lebih suka yg ini sebab nak hidangkan senang, boleh dipotong2. Puding yg sedap dan texturnya amat halus..Saya suka dengan puding ni..terima kasih kpd http://bakery2embroidery.blogspot.com/2011/08/puding-roti-berkaramel.html. Utk resepi asal bolehlah rujuk kt laman web tu.
Bahan
Utk Karamel
1/4 cawan gula
sedikit air
Utk Puding
3 keping roti - siat2
1 1/2 cawan susu cair
1/2 cawan air suam
1/4 cawan susu pekat
1 sudu teh esen
3 biji telur ( kacau pelan jgn timbul buih)
Cara
Utk buat karamel, Masukkan gula dlm loyang dan buh sedikit air. masak dgn api perlahan. tutup api bila gula dah keperangan.
Utk puding plak, kacau perlahan 3 biji telur dlm 1 bekas dan ketepikan dulu. kemudian blend semua bahan lain hingga halus dan sebati. Masukkan bhn blend dlm telur, kacau sebati perlahan2, supaya telur x berbuih nnti hasilnya x halus kata tuan punya resepi. Pas tu kukus lbh kurang 45 minit...sejukkan baru simpan esbox..
Bingka suji
Assalamualaikum.
Mencuba resepi ni minggu lps lg sebelum puasa. Sedap bingka ni. Nak buatnya pun tak susah sangat. Kat umah ni masih byk lg stok tepung somalina atau tepung suji ni. Ini kes nk perabis stok la ni. Jumpa resepi ni kt sini..http://homekreation-recipes.blogspot.com/2011/04/baked-sugee-kuih-bingka-suji.html. Terima kasih..byk2.
Bahan
3 bijitelur
110 g gula
160g tepung suji
250 ml santan pekat
jus pandan @ 1 sudu teh pandan paste
1/4 sudu teh garam
435 ml air
90 gram butter
30 g tpg gandum
Cara
Satukan telur dan gula, pukul hingga gula larut, masukkan tepung suji, santan, pandan paste,garam dan air. Kacau sebati. Masak guna api sederhana hingga pekat. Tutup api, campurkan butter dan tepung gandum, jika dah sebati bubuh dlm loyang dan bakar 1 jam 90 drjh.

Wednesday, August 3, 2011
wajik kerisik
Assalamualaikum.
Kuih ni dah lama buat tp masih duk kt dlm 'edit post' je. Hari ni baru dia kuar. Kuih ni kuih org dulu2, cara memasaknya sama mcm kita nk buat wajik dan dodol, cuma pulut tu perlu kita sangai dan kisar dulu. Dari sini lah dtg harum wanginya tu..Tapi kan ..aku buat ari tu yg pasti pulut tu 250gram, bhn2 yg lain main campak2 je. Tak sukat pun, ikut sesedap rasa je..Cari jugak resepi ni kt tenet utk dpt kan sukatan tp x byk jumpa. Kot2 kwn ada yg lbh arip, leh la menyumbang idea.
Bahan
250 g pulut
gula merah
santan
daun pandan
kerisik
Cara
Bersihkan pulut kemudia toskan hingga kering. Kemundian sangai atau goreng tanpa minyak hingga pulut tu bertukar warna keperangan. Tunggu sejuk, kisar pulut td tp jgn halus sangat.ketepikan dulu.
Masak gula merah/kabung hingga gula larut, masukkan santan dan simpulan daun pandan. Masak hingga gula dan santan ni pekat dan 'tua'.
Asingkan 2 sudu besar pulut kisar ni dan masukkan pula pulut yg selebihnya, kacau, dan akhir sekali masukkan kerisik. Sentiasa kacau dgn api perlahan. Aku x kacau lama sgt pun, x larat, lg pun buat sikit utk sekali makan je. Kalau buat byk n niat nk simpan lama kena kacau lama sikit supaya kuih ni tahan lama.
Pulut yg kita asing td tu tabur kt atas wajik kerisik kita sbg hiasan..aku ikut je..org tua2 dulu buat.
Thursday, July 28, 2011
kek lapis
Assalamualaikum
Resepi kek lapis ni dpt drpd kawan sekolah masa kecik2 dulu. Mintak izin tepek kt sini ya..sedap, sayang pulak klu x disimpan resepi ni. Buat setengah adunan pun dah dpt 1 loyang ..6 x 6. Klu nk setengah adunan bahagi dua ya quantiti bhn tu.
Bahan
2 1/2 cawan biskut marie - kisar
1 cawan gula - aku guna 3/4 je
5 telur
1 buku butter
3/4 cawan susu pekat manis
esen vanila
pewarna
asam duit2/ sebarang jem
Cara
Pukul butter hingga kembang dan ketepikan dulu
Pukul telur dgn gula hingga kembang dan campurkan butter td, masukkan susu dan esen vanila sambil terus pukul. Akhir sekali masukkan biskut marie yg dah dikisar halus..kacau sebati. Bahagikan 2 bahagian dan warnakan.
Kukus selapis ( eloknya sukat guna seduk barulah ketinggian lapisan tu sama je )...bila lapisan dah kering ( lbh kurang 4 minit)..sapu jem atau susun asam duit2, tambah lg selapis warna lain..buat sampai habis. Utk yg lapisan terakhir tutup loyang dgn aluminium foil supaya wap x jatuh atas kuih. Kukus 45 minit.
| asam duit2 x de, buh coklat chip je |
| x larat nk melapis lg..bakar je..sedap jugak..anak2 suka |
Wednesday, July 27, 2011
Kelas renang
Assalamualaikum.
Hari ni nk kongsi pengalaman tentang kelas renang anak2ku. Cuti summer yg lps aku hantar 3 org anak pompuanku ke kelas renang..si abg x nk ikut..sbb sayang nk tinggal game dia. Rupa2nya x susah nk berenang ni ya..( budak2 je lah..mak budak (aku) dah kaku..susah sikit..org lain boleh kot). Hari pertama selepas 15 minit pertama terus boleh berenang. Aku sungguh gembira sbb aku ni fobia air jadi rasa teruja, seronok sgt2. sekurang2nya x lah mereka ikut mamanya ni yang semua takut nk buat, semua x reti. Naik basikal x reti, motor apatah lg..berenang x pandai, rasa ruginya x belajar masa kecik2 dulu. Nasib baik boleh bawa kereta..klu x....
Kelas renang ni cuma 10 sesi je..bayaran pun murah ..utk sorang lbh kurang 200 hinggit, tptnya pulak depan umah..10 tapak je dr umah aku..klu kt tpt aku.Jln 4 tu mungkin aku x dpt peluang cam ni...mesti kena antar n amik, jauh pulak tu, kena tunggu depa..eee...x kuasa.
Habis 10 sesi tu, mereka dah boleh kuasai teknik terjunan, gaya bebas, kuak kupu2, apa lg gaya aku pun x ingat. Si Izah yg 7 thn pun dah teror berenang mcm kakak dia jugak n berani pergi bhg dewasa yg dlm 7 kaki tu, boleh dia gawang2 timbul kt situ aku risau je wpun bapak dia ada kt sebelah. ..klu dulu cuma pandai berenang katak cara2 dia lah..Alhamdulillah..syukur sangat2.

Subscribe to:
Posts (Atom)