Sunday, July 10, 2011

Apam Marmar

Assalamualaikum..Resepi apam marmar ni amik dr blog Sinar Kehidupanku, resepi asal drpd Mat gebu. Terima ksih kerana berkongsi ilmu.

Kul 5 pg aku buat apam ni, utk breakfast la konon. Mmg bangun awal sbb kt sini subuhnya abis kul 5 suku pg dan mmg setiap pg aku kena masak berat utk bekal anak2 g kolah. Sambil masak nasi n lauk aku masih sempat buat apam ni..siap kukus sblm kul 6 suku..dan aku cuma buat 1/2 adunan je..apam ni mmg gebu semacam..

Bahan

250 g tpg kek
200 ml santan
200 g gula halus
2 telor
1 sudu kecil esen
1camca makan ovelet
secubit garam
pewarna

Cara

Satukan semua bhn kecuali pewarna, pukul perlahan hingga sebati kmdian lajukan speed, pukul hingga kembang dan pekat. Bahagikan kpd 3 warna, bubuh dlm loyang selang warna atau ikut kereatif sndri. Kukus 45 minit.

No comments:

Post a Comment

Powered By Blogger