Sunday, September 4, 2011

Nasi Serai



Assalamualaikum..

Nasi serai ni teramatlah sedapnya, bau harum serai, lain drpd yg lain. Ramai kawan2 bloger yg dah cuba, cuma aku je yg lambat sikit sbb ingatkan rasanya mcm biasa2 je..tapi lps mencubanya...wah...bestnya...Dlm masa 2 minggu ni aku dah buat 2 kali..Pada aku nasi ni lbh sedap drpd nasi minyak. Aniza mesti cuba..x rugi kalau mencuba ni. layan pulak dgn ayam masak merah ke..kari ke..mmg sedap...betul ..tak tipu..bahannya pun simple je tau. dpt ilham ni drpd Ummi. Terima kasih byk2.




Bahan

4 cup beras -bersihkan n rendam 1 jam
5 cup air ( bergantung pd bersa yg diguna)
minyak sapi utk menumis
bunga lawang, kayu manis, pelaga
5 ulas bawang merah - kisar
2 ulas bawang putih - kisar
2 in halia - kisar
1 kiub pati ayam
2 helai pandan
4 batang serai - ketuk
garam secukup rasa
bawang goreng utk hiasan

Cara

panaskan minyak sapi, masukkan rempah 3 sekawan td, tumis bahan kisar hingga naik bau bersama daun pandan dan serai .
Masukkan beras, kacau lbh kurang 2 minit, masukkan air, garam dan kiub. Pastikan larutkan kiub ayam tu.
Taburkan bawang goreng jika nasi dah mula tanak..


makan dgn lauk di bawah..


sambal sotong

dalca daging

ayam goreng perap rempah

Wednesday, August 31, 2011

pengat pisang




Assalamualaikum

Raya2 ni makan pengat sedap juga kan..lepas muak makan kuih raya, ketupat rendang...jom kita turun dapur.Pengat pisang atau serawa pisang ni paling mudah nak buat, tapi sedap... sebab aku suka. Rasa lemak santan dengan gula merah dan ada rasa masam manis daripada pisang. Tambah sedikit sagu biji dan tepung pulut yang digentel kecik2 sbg aksesori, kuah akan jadi lebih pekat sedikit dan rasanya pun bertambah sedap. tapi jangan sampai terlebih sagu biji pulak, kang kuahnya pekat sangat. Kuantiti ikut sesedap rasa, tak perlu sukat2..sukatan di bawah ni lebih kurang je. Boleh ubah suai ikut selera masing2.



Bahan

5 biji pisang ..pisang awak/ abu/ tanduk apa2 je yg sesuai. klu guna pisang tanduk jgn sampai 5 biji,  
                      melampau tu namanya...
4 cawan santan (1/2 biji kelapa)
1/2 cawan gula merah
gula pasir- ikut kemanisan
2 helai daun pandan
secubit garam
3 sudu besar sagu biji - rendam dulu lbh kurang 1 jam
1 cawan tepung pulut- jadikan doh dengan campurkan sedikit air dan secubit garam
1 cawan air

cara

Masukkan 1 cawan air dlm periuk bersama daun pandan.. biar mendidih. Masukkan pula sagu biji, tunggu hingga sagu masak. Sagu masak bila warnanya bertukar menjadi jernih.
Kemudian masukkan pula santan, jika santan dah mula mendidih masukkan pula doh pulut yg dah siap dibulatkan kecil2. Pulut ni akan terapung bila masak. Boleh juga ganti dgn tepung gandum. tapi bancuh mcm jemput2 tu, sudukan 1 per 1.
Selepas itu masukkan pisang, gula merah dan putih , tambah sedikit garam. sesuaikan kuantiti kuah, tidak terlalu pekat atau terlalu cair. Sedap makan sejuk atau panas..






Tuesday, August 30, 2011

tart nenas



Assalamualaikum..

Org dah raya, aku baru nk n3 kuih raya..tak pe utk rujukan thn dpn. Tahun ni buat kuih tart ni dah 2 kali..n dah licin pun pada pagi raya. Anak2 makan masa buka puasa, eok nak buat lg utk kali ke 3...habiskan inti. Sebenarnya ada mcm2 resepi kuih tart ni tapi aku buat cara aku sendiri sejak dari dulu, suami suka n anak2 pun suka, maknya lebih2 lagi. Cara yg paling mudah, tak perlu timbang2 tepung, sesuaikan kelembutan doh dgn acuan yg kita guna. Ini dia resepinya..

Inti beli yg ready made..

Bahan

1 buku butter
1 biji kuning telur
sedikit esen vanila
tepung gandum secukupnya.

cara

pukul butter dgn kuning telur hingga sebati, masukkan tepung gandum sedikit...sedikit hingga menjadi doh. (Adunan x melekat di tangan).Cuba adunan guna acuan..klu dah ok..teruskan hingga siap. Klu keras nanti susah pulak nk tekan..

Kalu nk rasa manis sikit boleh tambah gula halus dlm 1@2 sudu besar.
Kuih tart yg ni lembut, kalau sesiapa yg x suka lembut sangat, masukkan sekali putih telur.
Kalau yang nak rasa masin sikit guna salted butter atau buh garam secubit dlm adunan.
Selera manusia ni x serupa kan..rasa sedap pun subjektif sifatnya, ikutlah selera masing2..




guna cetak ni leh jadi tart teratai..mcm gambar kt atas tu..tp kena guna  loyang muffin yg kecik2 pas tu tekan sikit kuih  bagi masuk dlm loyang.
ini bentuk kuih tart ku thn lps..x ada cetak..buat bulat2 je
mcm2 cetak yg suamiku belikan..tp aku reti guna yg ni je..klu adunan keras..mcm nk patah jari aku  menolaknya..
cetak yg terbaru suami belikan utk aku..x guna jugak...

Kek lapis masam manis



Assalamualaikum.

Masa belek2 cari makanan halal hari tu terjumpa pulak asam duit2..hawfleks..tp yg ni saiz besar sama saiz dgn duit 50 sen kita. Pagi raya semalam dapatlah makan kek lapis hawfleks, sedap rasa masam2 manis. Aku tak guna pewarna tapi ganti dengan sedikit koko dan nescafe, jadi nampak jugaklah belang2nya..resepi sama je macam yg dulu, click kat sini    ..tapi aku bahagi dua adunan, yg satu  bhg tu aku tambah 2 sudu besar koko dan 1 sudu kecil nescafe.



Sunday, August 28, 2011

Assalamualaikum.

Esok raya, pengumuman raya dah dibuat 2 minggu lps, esok juga diistiharkan cuti umum di sini. Kami sekeluarga  menyambut hari raya utk kali keduanya di tempat orang, seadanya sahaja. Malam nanti baru nak rebus nasi impit...buat sendiri tuu..harap2 menjadi. Esok pagi baru masak lauk pauk. sebenarnya lauk je bukan lauk pauk pun sbb tak de lah banyak jenis sangat. Cadang2... nak masak sambal kacang, sayur lodeh dan ayam masak kicap je. Tambah 1 lg menu mee kari. Esok kul 11 nak hantar masakan ni ke opis suami...nk jamu kawan2 dia dgn masakan Msia.Selalu jamu kt umah je...

 Hari ni juga cuti masak, en suami cadang n luluskan, so tak buka di rumah. Buka ala kadar je di umah lps solat kami keluar utk jamu selera di Hossein..masakan paling sedap sesuai dgn selera kami..yg suka pedas...dan ada masakan kari dan beriani.

Sebelum undur diri nak ucap juga " Selamat Hari Raya Aidil Fitri " kepada kaum keluarga di Malaysia, sahabat2 yang selalu kongsi resepi, juga kpd followers dan kpd sesiapa saja yg membaca coretan ini. Maaf andai ada terkasar bahasa, semoga ceria menyambut raya bersama keluarga tersayang.



Thursday, August 25, 2011

Talam suji




Assalamualaikum

Asyik buat kuih menggunakan tepung suji je kan..nak habiskan stok sebenarnya. Selalunya suami klu belikan tepung ni 2..3 peket dihangkutnya..utk sekali buat x perlu kuantiti yg banyak sbb tepung ni muai. jadiknya kenalah rajin2 cari resepi utk menghabiskan tepung ni.

Resepi ni dah 2 tahun diamalkan, sesedap rasa, seelok kejadiannya, x lembik, x keras, sedang2 elok je.

Bahan (bhg bawah)

1 1/2 cawan tepung suji
4 cawan santan cair
1/2 cawan gula pasir
secubit garam
sedikit pewarna kuning
2 helai daun pandan

Cara
 campurkan semua bahan, kacau sebati, pas tu masak guna api sederhana hingga naik wap. Masukkan pula dlm loyang yg dah di sapu minyak, kukus hingga masak lbh kurang 20 minit.

Bahan (bhg atas)

4 cawan santan pekat
2 sudu besat tepung jagung
1 cawan tepung gandum
5 sudu besar gula pasir
1 cawan gula merah
2 biji telur
2 helai pandan

Cara
Campurkan semua bahan, kacau sebati pas tu masak atas api hingga naik wap, tuang ke atas bhg bawah yg dah siap kita kukus tadi. Kukus semula 30 minit.


Wednesday, August 24, 2011

Fish and chips


Assalamualaikum.

Jemu2 makan ayam dan daging jom kita tukar makan ikan. Anak2 ku ni benonya x suka makan ikan. Sgt cerewet, ada kulit lah, ada tulang lah. Tp klu buat gini, sukanya bukan main.. Siap pesan lagi esok..buat lg ya ma..first day sekolah lps posa nnti nak bekal cam ni ya ma..Aku iya kan je..Tapi mmg sedap pun..

Bahan

Ikan dowry
tepung tempura/ tepung goreng ayam
bread crum
1 biji telur - pukul ringan

bahan sampingan

brokoli - celur
fries

Cara

Bersihkan ikan , potong dan toskan (kuantiti ikut suka). Biasanya tepung tempura tu dah masin dan dah berperasa, jadi aku x buh apa2 kt ikan tu.
lumur dgn tepung tempura, celup dlm telur, lumur pula dgn bread crum
goreng ..deep fry.

guna sup cendawan je sbg sos.



Powered By Blogger