
Friday, March 8, 2013

Monday, February 25, 2013

HIKAYAT INDERA NATA- Soalan Pemahaman
Baca petikan prosa tradisional di bawah dan jawab soalan-soalan berikutnya dengan menggunakan ayat-ayat anda sendiri.
Hatta maka tuan puteri sekalian itu pun menangislah bercintakan dirinya dan Indera Nata itu pun sampailah ke tepi laut serta mencita gemala hikmat yang daripada Betara Gangga itu.
Maka Betara Gangga pun terpandanglah kepada Indera Nata. Maka Betara Gangga pun menyuruh lembur dan naga akan menyeberangkan Indera Nata Seraya katanya, “Hai lembur dan naga, segeralah olehmu pergi mendapatkan cucuku Indera Nata itu kerana ia diusir oleh raksasa dua laki isteri dan bunuh olehmu raksasa itu!”
Maka lembur dan naga itu datanglah bersegera kepadanya bermohon kepada Betara Gangga seraya mendapatkan Indera Nata. Maka dilihat oleh Indera Nata lembur dan naga itu maka katanya, “Hai lembur dan naga, sahaja engkau datang menolong kepada aku, seberangkanlah aku ini sekalian!”
Maka sembur lembur dan naga itu katanya, “Ya Tuanku Indera Nata, segeralah tarik tali gajah itu naiklah duduk di belakang kedua ini serta dengan gajah itu sekalian!”
i. Berikan maksud rangkai kata bercintakan dirinya.
( 2 markah )
ii. Apakah peristiwa yang berlaku apabila Indera Nata sampai ke tepi laut ? ( 3 markah )
iii. Sekiranya Indera Nata berada pada zaman ini, apakah kelebihan-kelebihan yang mesti dimilikinya jika ingin berjaya?
( 3 markah )
Selamat Menjawab..
___________________________________________________________________
Monday, February 18, 2013
![]() |
| buh peti jap...sejuk...sedap |
![]() |
| ni lah beetroot ...ubi merah |

mengandungi anthocyanadins sebagai sumber antioksidant semula jadi,sumber ini yang menyumbangkan unsur warna merah hati gelap didalam beetroot;
sumber asas vitamin dan mineral;
sebagai makanan yang digunakan sebagai makanan yang menggalakan penambahan darah didalam badan untuk orang yang anemi;
membantu proses perkumuhan didalam badan;
terutama hati dan organ organ dalaman badan (termasuk buah pinggang, pundi kencing);
Beetroot may aid the natural process of elimination and support detoxification processes
kaya dengan vitamin C, kalsium, fosforus dan iron yang sesuai untuk pesakit arthritis yang tidak dapat mengambil vitamin C berasas dari buah tomato,oren etc kerana kandungan asid yang tinggi didalam vitamin C membuatkan tempat yang sakit atau inflame semakin teruk;
mengandungi unsur iron yang penting untuk tubuh badan serta unsur iron didalam beetroot ini dari tumbuhan secara semulajadi dan tidak mempunyai kesan sampingan;
Beetroot amat berguna didalam *acidosis kerana ianya kaya dengan sumber alkali;
sesuai untuk orang vegetarian;
dan elok untuk merawat hypertension..darah tinggi.

Monday, February 11, 2013
Coklat molten cake
Choclat Molten Cake
| makan guna sudu.. |
| luar kering..dlm basah2.. |
Dah berkurun buatnya..masa kt manila dulu hihi..Tak di n3 kan..lupa ada terselit gambar ni dlm simpanan...meh cuba..senang sgt nk buatnya. Tp isi dlm x mcm tuan asalnya..homekreation..yg nk cuba rujuk link yg saya bg tu ya.
Bahan
140g coklat masakan yg gelap tu ya
3 telur gred A
1/2 cwn gula (asal 3/4 cwn)
1/4 cwn tepung kek
5 sb butter
1/2 st esen vanilla
Cara
cairkan coklat n butter - sejukkan ( aku guna microwave je)
gula + telur dipukul hingga kembang n pekat
+ coklat td - gaul sebati
+ tepung - gaul sebati
tuang dlm bekas ( guna ramekin senang sikit) - sapu butter dulu
bakar 12 minit suhu 200'
sejukkan sikit - hidang suam2
aku hidang dgn bekas2 tu je..aku bakar dlm ramekin.
Carrot Cake ![]() |
| kenapa gambar saya jd cam ni......puluh2 kali upload..cam tu gak. mls nk msukkn gambo yg lain2. esok2 try lg. |

1 cup Brown Sugar / 1 cawan gula perang
1 cup Vegetable Oil / 1 cawan minyak sayur
3 Large Eggs / 3 biji telur
Pinch Salt / secubit garam
1/2 teaspoon Bicarb Soda / 1/2 sdt soda
2 cups Self Raising Flour / 2 cawan tepung naik sendiri
2 cups finely grated Carrot (around 4 large carrots) / 2 cawan lobak merah parut lebih kurang dari 4 batang lobak
1 cup chopped pineapple (from the can) / 1 cawan nenas tin yang dicincang halus
1 cup dessicated coconut / 1 cawan kelapa kering
1/2 cup Walnuts, finely chopped / 1/2 cawan kacang walnut yang dicincang halus
1 teaspoon Cinnamon / 1 sdt serbuk kayu manis
1 teaspoon Nutmeg / 1 sdt serbuk pala
Cake
- Heat oven to 180 degrees celsius. / Panaskan ketuhar pada 180
- Beat sugar and oil until thick, then add 1 egg at a time and keep beating for a few more minutes. / Pukul gula dan minyak sehingga pekat kemudian masukkan telur satu persatu dan pukul beberapa minit lagi
- Add salt, bicarb soda, carrots, flour, walnuts and spices. / Masukkan garam, soda, carrots, tepung walnut, kelapa kering, rempah dan nenas.
- Mix with wooden spoon until all combined. / gaul rata menggunakan senduk kayu
- Put batter in well greased loaf pan or tin and bake for 35-45 minutes (cake) or 15-20 minutes (cupcakes), or until light golden and cake springs back when touched in the middle./Masukkan adunan dalam acuan dan bakar selama 35-45 minit bergantung kepada oven. Baking time might vary depending on your personal oven.
Utk frosting tu saya cuma guna 1 buku cream cheese diputar sebati dengan susu pekat manis lebih kurang 3/4 cwn..ikut takat manis yg kita suka.
Sunday, February 10, 2013
![]() |
| Slice Cheese Cake |

Blueberry Slice Cheese Cake
Resepi : HaSue
Sumber : Izahdaut
Bahan2:
300ml susu segar
6 keping keju kraft
3 biji telur gred A
90 g gula halus
110 g tepung gandum
1 sudu kecil esen vanilla
110 g mentega @ marjerin
Blueberry filling secukupnya
Cara2:
Panaskan oven pada suhu 180c, gris loyang dgn mentega dan tabur tepung atau alaskan dengan baking paper.
Dengan api perlahan,panaskan susu dalam periuk dan masukkan kepingan keju.
Kacau sehingga cair dan masukkan mentega @ marjerin.
Kacau sehingga mencair dan ketepikan.
Asingkan putih dan kuning telur (kuning telur diletak di dalam bekas yg agak besar untuk 1 adunan)
Pukul putih telur bersama gula halus sehingga menjadi meringue (adunan betul2 ringan sehingga bekas diterbalikkan adunan x tumpah).
Pukul kuning telur sehingga berkrim dan tambahkan adunan susu yg dipanaskan tadi..kacau perlahan.
Ayakkan tepung gandum ke dalam adunan dan kaup balik sehingga sebati.
Setelah itu masukkan adunan meringue dan kaup balik lagi sehingga sekata
Masukkan esen vanilla dan sebatikan adunan
Ambil loyang yg sudah digris tadi dan masukkan 2 senduk adunan, picitkan blueberry filling * yang telah dikisar halus (gunakan icing bag atau plastik bersih yg digunting sedikit hujungnya) dengan cara bulatan di sekeliling adunan.
Setelah itu cedukkan lagi 2 sudu dan ulang sehingga adunan habis
Bakar pada suhu 175c menggunakan kaedah bain marie (letakkan loyang adunan di dalam loyang lebih besar yg berisi air panas ketika membakar) selama 50 minit atau sehingga masak(bergantung pada jenis oven).
Subscribe to:
Posts (Atom)







