Tuesday, August 30, 2011
Kek lapis masam manis
Assalamualaikum.
Masa belek2 cari makanan halal hari tu terjumpa pulak asam duit2..hawfleks..tp yg ni saiz besar sama saiz dgn duit 50 sen kita. Pagi raya semalam dapatlah makan kek lapis hawfleks, sedap rasa masam2 manis. Aku tak guna pewarna tapi ganti dengan sedikit koko dan nescafe, jadi nampak jugaklah belang2nya..resepi sama je macam yg dulu, click kat sini ..tapi aku bahagi dua adunan, yg satu bhg tu aku tambah 2 sudu besar koko dan 1 sudu kecil nescafe.
Sunday, August 28, 2011
Assalamualaikum.
Esok raya, pengumuman raya dah dibuat 2 minggu lps, esok juga diistiharkan cuti umum di sini. Kami sekeluarga menyambut hari raya utk kali keduanya di tempat orang, seadanya sahaja. Malam nanti baru nak rebus nasi impit...buat sendiri tuu..harap2 menjadi. Esok pagi baru masak lauk pauk. sebenarnya lauk je bukan lauk pauk pun sbb tak de lah banyak jenis sangat. Cadang2... nak masak sambal kacang, sayur lodeh dan ayam masak kicap je. Tambah 1 lg menu mee kari. Esok kul 11 nak hantar masakan ni ke opis suami...nk jamu kawan2 dia dgn masakan Msia.Selalu jamu kt umah je...
Hari ni juga cuti masak, en suami cadang n luluskan, so tak buka di rumah. Buka ala kadar je di umah lps solat kami keluar utk jamu selera di Hossein..masakan paling sedap sesuai dgn selera kami..yg suka pedas...dan ada masakan kari dan beriani.
Sebelum undur diri nak ucap juga " Selamat Hari Raya Aidil Fitri " kepada kaum keluarga di Malaysia, sahabat2 yang selalu kongsi resepi, juga kpd followers dan kpd sesiapa saja yg membaca coretan ini. Maaf andai ada terkasar bahasa, semoga ceria menyambut raya bersama keluarga tersayang.
Esok raya, pengumuman raya dah dibuat 2 minggu lps, esok juga diistiharkan cuti umum di sini. Kami sekeluarga menyambut hari raya utk kali keduanya di tempat orang, seadanya sahaja. Malam nanti baru nak rebus nasi impit...buat sendiri tuu..harap2 menjadi. Esok pagi baru masak lauk pauk. sebenarnya lauk je bukan lauk pauk pun sbb tak de lah banyak jenis sangat. Cadang2... nak masak sambal kacang, sayur lodeh dan ayam masak kicap je. Tambah 1 lg menu mee kari. Esok kul 11 nak hantar masakan ni ke opis suami...nk jamu kawan2 dia dgn masakan Msia.Selalu jamu kt umah je...
Hari ni juga cuti masak, en suami cadang n luluskan, so tak buka di rumah. Buka ala kadar je di umah lps solat kami keluar utk jamu selera di Hossein..masakan paling sedap sesuai dgn selera kami..yg suka pedas...dan ada masakan kari dan beriani.
Sebelum undur diri nak ucap juga " Selamat Hari Raya Aidil Fitri " kepada kaum keluarga di Malaysia, sahabat2 yang selalu kongsi resepi, juga kpd followers dan kpd sesiapa saja yg membaca coretan ini. Maaf andai ada terkasar bahasa, semoga ceria menyambut raya bersama keluarga tersayang.
Thursday, August 25, 2011
Talam suji
Assalamualaikum
Asyik buat kuih menggunakan tepung suji je kan..nak habiskan stok sebenarnya. Selalunya suami klu belikan tepung ni 2..3 peket dihangkutnya..utk sekali buat x perlu kuantiti yg banyak sbb tepung ni muai. jadiknya kenalah rajin2 cari resepi utk menghabiskan tepung ni.
Resepi ni dah 2 tahun diamalkan, sesedap rasa, seelok kejadiannya, x lembik, x keras, sedang2 elok je.
Bahan (bhg bawah)
1 1/2 cawan tepung suji
4 cawan santan cair
1/2 cawan gula pasir
secubit garam
sedikit pewarna kuning
2 helai daun pandan
Cara
campurkan semua bahan, kacau sebati, pas tu masak guna api sederhana hingga naik wap. Masukkan pula dlm loyang yg dah di sapu minyak, kukus hingga masak lbh kurang 20 minit.
Bahan (bhg atas)
4 cawan santan pekat
2 sudu besat tepung jagung
1 cawan tepung gandum
5 sudu besar gula pasir
1 cawan gula merah
2 biji telur
2 helai pandan
Cara
Campurkan semua bahan, kacau sebati pas tu masak atas api hingga naik wap, tuang ke atas bhg bawah yg dah siap kita kukus tadi. Kukus semula 30 minit.
Wednesday, August 24, 2011
Fish and chips
Assalamualaikum.
Jemu2 makan ayam dan daging jom kita tukar makan ikan. Anak2 ku ni benonya x suka makan ikan. Sgt cerewet, ada kulit lah, ada tulang lah. Tp klu buat gini, sukanya bukan main.. Siap pesan lagi esok..buat lg ya ma..first day sekolah lps posa nnti nak bekal cam ni ya ma..Aku iya kan je..Tapi mmg sedap pun..
Bahan
Ikan dowry
tepung tempura/ tepung goreng ayam
bread crum
1 biji telur - pukul ringan
bahan sampingan
brokoli - celur
fries
Cara
Bersihkan ikan , potong dan toskan (kuantiti ikut suka). Biasanya tepung tempura tu dah masin dan dah berperasa, jadi aku x buh apa2 kt ikan tu.
lumur dgn tepung tempura, celup dlm telur, lumur pula dgn bread crum
goreng ..deep fry.
| guna sup cendawan je sbg sos. |
Tuesday, August 23, 2011
Mee kari
Assalaamualaikum.
Semua org sibuk buat kuih raya n buat persiapan sambut raya sekarang ni kan..maklum raya tak sampai seminggu lagi. Kami di sini macam tahun lepas jugak, ala kadar sahaja. Sebenarnya tak jugak ala kadar tapi bawah sikit drpd ala kadar. Tahun kedua raya di tempat org, tanpa sesiapa..kecuali keluarga sendiri yg seramai 6 org..perasaan ni biasa saja, bagiku cukuplah ada suami dan anak2. Mak bapak dua belah pun dah lama tiada.
Tak ada pun baju kurung baru (raya tahun dpn kt Msia, kami balas dendam). Kuih raya pun buat 1 jenis je..tart nenas. Kalau malas masak, pagi raya nanti kami makan je kat luar..Berharga sungguh pengalam ni kan...
Lari tajuk pulak..sebenarnya nak cerita tentang mee kari. mee kari ni resepi kakakku Norlela. Sedap, lain drpd yg lain. Setiap kali buat mee kari aku mesti guna resepi yg ini. Kelainannya berpunca drpd penggunaan ikan bilis yg direbus.
Bahan
5/6 ulas bawang merah - kisar
2 ulas bawang putih - kisar
segengam ikan bilis - rebus dan setelah sejuk dikisar
1 1/2 paket kecil rempah kari daging - jadikan pes
santan pekat n cair ( 1 biji kelapa)
fish ball, fish cake, tauhu kering
garam
bahan perasa
Hiasan
Sayur sawi (celur) - sedap kalu guna sawi yg berbunga kuning tu..lembut
Tauhu goreng - potong nipis memanjang
telur rebus
hirisan lada hijau, merah dan cili api yg diperah limau
Cara
Tumis bahan kisar bersama rempah kari yg dah dibancuh hingga naik bau n naik minyak.
Pas tu masukkan santan cair, ikan bilis yg dah di kisar tadi, fish ball n fish cake..tunggu hingga didih
Masukkan pula tauhu kering dan santan pekat, guna api perlahan sentiasa kacau, tambah perasa tutup api jika dah mendidih.
Sesuai makan dgn mee kuning, spageti, kue tiew. Jangan lupa juga tambah hiasan yg dinyatakan. makan dengan cili yg diperah limau..sedap.
| kali ni makan dgn spagethi, sawi lupa nak beli, tauhu kering mmg x de kt sini. |
Monday, August 22, 2011
Laksam
Assalamualaikum.
Laksam ni antara menu kegemaran kami wpun kami bukan berasal drpd Pantai Timur. Pernah buat sekali 10 thn yg lps, saja buat makan2 dgn kwn2 sekolah. Tapi buat kuahnya saja, yg 'mee' nya tu kwn drpd Terengganu yg menyiapkannya..Zaifah nama sahabatku. Aniza ingat lg tak? Dia kata susah nk buatnya ni..dia pun try n error beberapaa kali. Cuba tepung jenis ni..cuba pulak tepung jenis tu..barulah menjadik ,aku pun terlopong mendengornya..n set dlm otak..x yah buatlah..susah...x jadik nanti. Lawak sahabatku ni..di mana agaknya dia sekarang, smga dia sihat walafiat.
Tapi berkat kesungguhan utk mencuba hasil perkongsian ilmu drpd dapur mamasya, akhirnya...menjadi..Alhamdulillah, suka sangat2. Terima kasih mamasya. Kwn2 yg nk cuba bolehlah tgk resepi kt bawah ni..
Bahan
3 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
4 cawan air suam
1 sudu kecil air kapur ( x letak)
secubit garam
Cara
Panaskan pengukus. satukan semua bahan dan bancuh sebati. Sapu minyak kt tudung periuk. Aku guna loyang je. Sendukkan adunan ke dlm loyang (nipis je).Kukus hingga masak ( lbh kurang 3@4 minit ) atau dia dah mula gelembung2 kecil. Kuarkan loyang n tunggu sejuk baru gulung. Buat sampai habis. Sapu minyak setiap kali kukus adunan yg baru. Loyang kena panaskan dulu yek..nk elakkan melekat.
Bhn utk kuah
1/2 kilo ikan kembung/ selayang/sardin - rebus dgn asam keping dan perisi ( amik isi)
6@7 ulas bawang merah - mesin dgn ikan
6@7 cwn santan drpd 1 biji kelapa
1 sudu makan lada hitam - tumbuk halus
2 keping asam keping
1 sudu kerisik (pilihan)
garam
Cara
Masukkan semua bahan kisar dlm periuk masak hingga mendidih dgn sedikit air, kemudian masukkan santan, sesuaikan kepekatan kuah dan perasa dgn garam.
Bahan ulam
kacang panjang, daun kesom, taugeh, timun
sambal belacan
Hidang dgn perahan limau.
| Ulamnya cuma timun dgn kacang pjg je..tu je yg ada kt sini. |
| Amira suka makan laksam ni.. |
Sunday, August 21, 2011
Tepung Pelita.
Assalamualaikum.
Pertama kali dlm hidup buat kuih ni. Ingatkan susah sangat rupa2nya sangat senang. Tak perlu masa yg lama utk siapkannya puuuunn. Ramai kawan2 senior yg dah buat kuih ni cuma aku je yg selalu tertinggal keretapi. Tak pe lah ...niat yg sebenar nk belajar, nk mencuba dan simpan resepi sbg rujukan sendiri. Resepi ni aku rujuk drpd dapur dapur mamasya, terima kasih byk ya.
Bahan (utk lapisan bawah)
1 cawan tepung beras
1 cawan gula
5 cawan air
4 helai daun pandan
secubit garam
sedikit kapur (x ltk sbb x de)
Cara
Kisar daun pandan dgn 5 cwn air dan tapis. guna air ini utk bancuh semua bhn. Masak adunan hingga pekat dan berkilat. Tutup api dan tuangkan dlm bekas.
Bhn ( lapisan atas)
5 sudu besar tepung beras ( resepi asal guna 4 sudu besar je)
4 cawan santan ( 1 biji kelapa)
sedikit garam
Cara
Bancuh semua bhn dan masak adunan hingga pekat dan berkilat. Tuangkan adunan ke atas lapisan hijau yg pertama tadi. Sejukkan baru sedap makan.
| Tak anyam daun pandan pun utk jadi bekas. Pokok pandan dah togel dikerjakan hari2. |
Subscribe to:
Posts (Atom)
